More

    realme V15 dengan rekaan Koi akan dilancar pada 7 Januari

    Minggu lepas, terdapat berita tentang realme Koi yang kononnya merupakan peranti realme pertama dengan cipset Snapdragon 888. Walau bagaimanapun, telefon tersebut mungkin bukan seperti yang telah dilaporkan dan sebaliknya ia adalah realme V15 yang akan dilancar pada 7 Januari di China.

    Menurut sumber, rekaan Koi merujuk kepada rekaan yang terdapat pada permukaan belakang realme V15 di mana ia mempunyai corak warna oren-biru yang berkilauan serta slogan Dare To Leap yang sama dengan telefon dilaporkan sebelum ini.

    Spesifikasi realme V15 belum diumumkan, namun ia diramal akan dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 800U, kamera utama 64MP, kamera swafoto 16MP, paparan AMOLED, pengecasan pantas 50W serta pengimbas cap jari di bahagian sisi.

    Siri realme V sering dijenamakan semula untuk pasaran di luar China, contohnya realme V5 telah dijenamakan semula kepada realme 7 5G untuk pasaran antarabangsa.

    Rekaan Koi ini mungkin akan turut terdapat dalam realme Race yang akan dilengkapi Snapdragon 888 pada masa hadapan. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Weibo

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured