More

    realme V23 5G dilancar: Dimensity 810, skrin 6.58″ dan pengecasan pantas 33W bermula ~RM1,130

    realme telah mengumumkan telefon pintar baharu dalam siri-V iaitu realme V23 5G di China. Peranti ini mempunyai spesifikasi lebih rendah daripada realme V25 5G yang dilancarkan baru-baru ini. V23 5G membawakan paparan FHD+, cipset Dimensity dan sokongan pengecasan pantas 33W.

    realme V23 5G banyak berbeza dalam reka bentuk berbanding realme V25 5G. Telefon pintar ini mempunyai sisi rata dan paparan takuk titisan (waterdrop). Ia memaparkan panel LCD IPS 6.58 inci dengan resolusi FHD+ 1080 x 2408 piksel, nisbah aspek 20:9 ketebalan 8.1mm dan berat 190 gram.

    Ia dikuasakan oleh cipset MediaTek Dimensity 810, RAM 8GB/12GB dan 256GB storan dalaman. Peranti ini mempunyai dua kamera di bahagian belakang dengan lensa utama 48MP dan sensor kedalaman 2MP. Telefon ini mempunyai bateri 5,000mAH dengan sokongan untuk sistem pengecasan pantas 33W.

    Bagi sambungan, ia mempunyai sokongan Bluetooth 5.0, Wi-Fi 6, NFC, bicu audio 3.5mm dan port USB-C di bahagian bawah. Peranti ini mempunyai pengimbas cap jari berada di sisi yang juga bertindak sebagai butang kuasa.

    realme V23 5G berharga CNY 1,699(~RM1,130) untuk varian storan 8GB RAM + 256GB dan CNY 1,899(~RM1,260) untuk varian storan 12GB RAM + 256GB. Telefon ini tersedia dalam dua varian warna iaitu Glass Magic dan Gravel Black.

    Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured