More

    realme V25 muncul di Geekbench, miliki SD 695 5G dan RAM 12GB

    Telefon pintar realme siri-V yang akan datang ialah realme V25. Syarikat itu telah menjadualkan pelancaran realme V25 pada 3 Mac di China. Menjelang pelancarannya, telefon pintar itu telah muncul di Geekbench yang memberikan butiran spesifikasinya.

    realme V25 mempunyai nombor model RMX3475. Peranti ini mendapat 687 mata dalam ujian teras tunggal dan 2022 mata dalam ujian berbilang teras pada Geekbench versi 5. Telefon ini dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 695 5G. Ia merupakan cipset teras-okta pada kadar 1.80Hz.

    Terdapat beberapa pilihan varian RAM sehingga 12GB dan antara muka realme UI 3.0 beroperasi atas Android 12. Kami menjangkakan varian ini menjadi varian paling teratas dan mungkin terdapat varian RAM 8GB dan 6GB. Telefon ini mungkin mempunyai storan asas 128GB.

    Selain daripada penyenaraian Geekbench, spesifikasi realme V25 telah bocor sebelum ini. realme V25 dijangka hadir dengan paparan LCD 6.58 inci dengan resolusi FHD+. Panelnya akan mempunyai lubang tebuk untuk kamera swafoto.

    Peranti ini akan mempunyai tiga kamera di bahagian belakang dengan kamera utama 64MP dan dua sensor 2MP (kamera kedalaman + makro). Ia juga akan mempunyai pengimbas cap jari yang dipasang di sisi, pilihan storan 128GB/256GB dan bateri berakapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Google Pixel 11 Pro Fold turut rasmi dengan dengan cip Tensor G6 dan IP68...

    Selain siri Pixel 11 standard, Google turut mengumumkan telefon pintar boleh lipat baharu Pixel 11 Pro Fold untuk pasaran Malaysia. Peranti ini...

    Google Pixel 11 rasmi di Malaysia dengan cip Tensor G6 dan lampu HiLight LED...

    Google secara rasmi melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di Malaysia yang merangkumi Pixel 11, Pixel 11 Pro dan Pixel 11 Pro...

    Spotify letak lencana khas untuk profil artis yang sebenarnya AI

    Spotify mengumumkan pengenalan lencana AI Persona bagi memberi petunjuk kepada pendengar bahawa identiti sesebuah profil artis adalah dijana oleh kecerdasan buatan dan...

    HONOR Robot Phone dilancar sebagai telefon pertama dengan gimbal terbina

    HONOR secara rasmi melancarkan peranti mercu terbaharu iaitu HONOR Robot Phone di China. Peranti ini menggabungkan perkakasan kamera gimbal fizikal bersama pembantu...

    HOVERAir Versa dilancar — Kamera poket 2-dalam-1 boleh bertukar jadi dron

    HOVERAir melancarkan HOVERAir Versa iaitu peranti hibrid 2-dalam-1 yang menggabungkan fungsi kamera poket dan dron terbang. Peranti ini disifatkan sebagai kamera poket...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured