More

    realme Watch 3 dilancar: Skrin 1.8″, panggilan Bluetooth dan pemantau kesihatan berharga ~RM195

    realme mengumumkan realme Watch 3 pada persidangan pelancaran produk baharu AIoT yang baru diadakan. Jam tangan pintar generasi baharu ini adalah pengganti realme Watch 2. Ia dilengkapi dengan paparan 1.8 inci, menyokong panggilan Bluetooth dan menggunakan bingkai logam. Ia tersedia dalam warna hitam dan kelabu dengan harga Rs 3,499 (~RM195).

    Menurut pengenalan rasmi, realme Watch 3 dilengkapi paparan 1.8 inci yang menyokong resolusi 240 x 286 dengan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 67.5% dan kecerahan puncak 500 nits. Sebagai perbandingan, Watch 2 mempunyai nisbah skrin-ke-badan 50 peratus tetapi panelnya ialah 600 nits dan 320 x 320 piksel.

    Selain itu, realme Watch 3 menyokong panggilan Bluetooth terus daripada jam tangan pintar. Pada masa yang sama, realme Watch 3 juga telah lulus pensijilan kalis habuk dan kalis air IP68. Daripada segi fungsi sukan, realme Watch 3 diprapasang dengan lebih daripada 100 muka jam dan 110 mod sukan serta sensor denyutan jantung dan SpO2.

    Selain itu, Watch 3 boleh menentukan tahap tekanan dan menjejaki tidur anda. Tiada berita mengenai realme Watch 3 akan datang ke Malaysia buat masa ini. Beritahu pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured