More

    realme Watch S akan dilancar 2 November ini! Dilengkapi skrin 1.3 inci, bateri tahan hingga 15 hari

    Jam tangan pintar tidaklah sepopular telefon pintar, tetapi ia tidak mematahkan semangan beberapa jenama termasuk realme untuk terus melancarkan peranti ini. realme Watch ialah jam tangan pintar realme pertama yang dilancar pada Jun lalu. Terkini, realme mengacah kehadiran realme Watch S yang akan dilancar pada 2 November 2020.

    Acahan ini dimuat naik oleh akaun Twitter realme Pakistan. Kami tidak pasti sama ada ia akan dilancarkan secara global atau di pasaran Pakistan sahaja. Siaran tersebut tidak menyatakan sebarang maklumat mengenainya. Maklumat yang terpapar hanyalah beberapa spesifikasi menarik realme Watch S.

    realme Watch S bakal hadir dengan skrin sentuh 1.2 inci bersama pengubahsuaian tahap kecerahan secara automarik. I ajuga dilengkapi sensor pengesan degup jantung dan kadar oksigen dalam darah. Baterinya dikatakan mampu bertahan sehingga 15 hari penggunaan. Kelihatannya, terdapat dua butang di sisi badan jam tangan pintar yang bulat. Poster memaparkan empat pilihan warna realme Watch S.

    Melihat kepada gambar, realme Watch S adalah seperti jam tangan pintar berfokuskan sukan. Apakah pendapat anda mengenai realme Watch S? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: realme Pakistan

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...