More

    realme Watch S dilancar: Sensor SpO2, tahap kecerahan skrin automatik, tahan 15 hari berharga ~RM389

    Setelah melancarkan jam tangan pintar pertama mereka pada Mei yang lalu, realme kini kembali dengan realme Watch S. Jam tangan pintar kali ini hadir dengan rekaan jam bulat, berbanding bentuk petak seperti realme Watch yang lepas. Ia turut ditawarkan dengan spesifikasi yang menarik.

    realme Watch S dilengkapi skrin bulat boleh sentuh 1.3 inci dengan resolusi 360×360 piksel, bersama sensor fotosensitif yang mengubah suai tahap kecerahan skrin secara automatik berdasarkan keadaan sekeliling pemakai. realme Watch S diperbuat daripada besi aluminium dan mempunyai dua butang di sisi untuk kawalan.

    Jam tangan ini dilengkapi tali jam yang diperbuat daripada Liquid Silicone dengan empat pilihan warna; Blue, Orange, Green dan Black. Menurut realme, tali jam tangan berwarna Black akan diberi bersama, manakala untuk warna lain talinya dijual berasingan.

    realme Watch S hadir dengan sensor degup jantung PPG dan sensor SpO2 untuk mengawasi tahap oksigen dalam darah. Ia juga berupaya mengesan 16 jenis sukan termasuk berbasikal, yoga dan berkayuh. Ciri lain yang disokong adalah Sleep Monitoring, Call Rejection, Smart Notifications dan kawalan muzik dan kamera.

    Menurut realme, bateri jam 390mAh mampu bertahan sehingga 15 hari. Ia mempunyai rating IP68, tetapi realme menyatakan ia tidak sesuai untuk berenang atau dipakai bersama ketika mandi. Untuk latar belakang skrin pada jam, terdapat 100 latar belakang baharu yang akan hadir.

    realme Watch S setakat ini akan dijual di pasaran Pakistan pada harga PKR 14,999 (~RM389). Setakat ini, kami ketiadaan maklumat mengenai pelancaran realme Watch S pada peringkat global. Adakah anda berminat? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Samsung Galaxy Watch Ultra2 dan Watch9 turut rasmi dengan harga bermula RM1,499

    Selain siri telefon lipat, Samsung juga melancarkan jam tangan pintar Samsung Galaxy Watch Ultra2 dan Galaxy Watch9 untuk pasaran Malaysia. Kedua-dua model...

    Samsung Galaxy Z Fold8, Fold8 Ultra dan Flip8 rasmi di Malaysia, harga bermula RM5,399

    Samsung secara rasmi melancarkan siri telefon pintar boleh lipat Galaxy Z Fold8 Ultra, Galaxy Z Fold8 dan Galaxy Z Flip8 bagi pasaran...

    Peti ais untuk manusia ‘Do Hiemon Box’ dilancar di Jepun dengan harga ~RM43,260

    Syarikat pengeluar peti ais dan mesin layan diri dari Jepun, SDRS, bersama pembekal peralatan industri Trusco Nakayama telah memperkenalkan Do Hiemon Box....

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured