More

    realme X7 dengan AMOLED 120Hz mungkin dilancarkan bersama realme 7 pada 1 September ini

    Sebelum anda membaca dengan lebih lanjut, perlu diingatkan bahawa terdapat unsur spekulasi dalam berita ini. Dilaporkan, siri realme 7, pengganti kepada siri realme 6 mungkin dilancarkan bersama siri realme X7 pada 1 September ini di China.

    realme sendiri telah mengacah poster pelancaran siri realme X7 yang bakal dihuni spesifikasi skrin AMOLED 120Hz dan sokongan 5G. Secara sahnya, siri realme X7 sememangnya bakal hadir pada 1 September ini.

    Di sisi yang lain, Ketua Pegawai Pemasaran realme Xu Qi Chase telah mengacah air minuman tin yang memaparkan angka 7. Acahan ini menimbulkan spekulasi bahawa siri realme 7 bakal hadir bersama pada 1 September ini. Menurut kami, boleh jadi juga acahan ini merujuk kepada siri realme X7.

    Kami ketiadaan maklumat mengenai siri realme 7, tetapi siri realme X7 dilaporkan bakal dilengkapi pengecasan pantas yang terkini. Memandangkan tarikh pelancarannya adalah 1 September, mungkin kita akan mendapat maklumat yang lebih jelas mengenai realme X7 dan realme 7 pada hari-hari yang akan datang.

    Beritahu pendapat anda adakah siri realme 7 bakal hadir atau yang diacah sebenarnya adalah siri realme X7? Komen di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Baca berita lepas mengenai realme dan realme C12 yang dilancarkan di Indonesia dengan harga ~RM538.

    Sumber: 1 | 2

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured