More

    realme X7 Pro 5G muncul di laman web pensijilan di India, bakal dilancar tidak lama lagi

    Pada bulan September yang lalu, realme telah melancarkan realme X7 Pro 5G bersama realme X7 5G di China. Baru-baru ini, peranti ini telah mendapat beberapa pelepasan sijil (NBTC, NCC) dan dijangka akan memasuki pasaran global tidak lama lagi. Terbaru, ia juga telah dikesan di laman web pensijilan BIS India.

    Dalam laman web pensijilan ini, realme X7 Pro dilihat hadir dengan nombor model RMX2121 dan telah memasuki laman web ini pada 22 Oktober yang lepas. Nombor model yang tertera ini adalah nombor model yang sama digunakan sewaktu dilancarkan di China bulan lalu.

    realme X7 Pro ini hadir dengan spesifikasi yang hebat seperti skrin Super AMOLED 6.55 inci dengan kadar segar semula 120Hz. Ia juga menggunakan cipset Mediatek Dimensity 1000+ dengan RAM 8GB dengan storan jenis UFS 2.1 saiz 256GB. Untuk kamera pula, ia hadir dengan 4 kamera pada bahagian belakang dengan kamera utama 64MP, kamera ultra lebar 8MP, kamera makro 2MP dan sensor kedalaman. Pada bahagian depan pula, ia hadir dengan kamera swafoto 32MP.

    Selain itu, realme X7 Pro 5G ini juga hadir dengan sensor cap jari dalam skrin, bateri 4,500 mAh dengan cas pantas 65W, NFC, Bluetooth 5.1 dan kebolehan rakaman 4K. Ia juga menggunakan antara muka realme UI di atas Android 10.

    Lihat artikel lepas mengenai pelancaran siri realme X7 di China.

    Adakah peranti ini bakal memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi? Komen pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured