realme telah perkenalkan realme X7 dan X7 Pro pada bulan September yang lalu namun, ia hanya dijual di pasaran China sahaja buat masa ini. Terbaru, versi Pro telefon ini telah muncul di Thailand menandakan telefon ini bakal memasuki ke pasaran global tidak lama lagi.
Poster dari realme Thailand menunjukkan bahawa peranti ini bakal dilancarkan pada 17 Disember ini.

realme X7 Pro ini dikuasai oleh cipset Dimensity 1000+ dan ia dilengkapi dengan skrin 6.55 inci Super AMOLED FullHD+ yang mempunyai kadar segar semula 120Hz.
Selain itu, peranti ini menyokong 5G dan mempunyai lima kamera, kamera swafoto 32MP dengan kamera utama 64MP pada bahagian belakang bersama kamera ultra lebar 8MP, lensa makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP.

Peranti ini juga hadir dengan ciri sensor cap jari dalam skrin dengan bateri 4,500mah yang menyokong pengecasan pantas 65W. Untuk versi X7 yang biasa pula, ia menggunakan cipset Dimensity 800U dengan skrin 6.4 inci AMOLED FullHD+. Ia juga mempunyai kamera yang sama seperti versi Pro namun baterinya sedikit lebih kecil iaitu 4,300mAh.
Buat masa ini, tiada berita lagi mengenai kehadiran peranti ini untuk pasaran Malaysia.
Lihat artikel sebelum ini mengenai telefon siri realme X7.
Nantikan berita lanjut mengenai telefon siri ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.






