More

    Red Magic 10 Pro tampilkan cip R3 buatan sendiri bersama Snapdragon 8 Elite

    Red Magic, sub-jenama Nubia, bakal melancarkan siri telefon pintar Red Magic 10 Pro pada 13 November. Siri ini merangkumi model 10 Pro dan 10 Pro Plus yang memfokuskan kepada prestasi tinggi. Telefon ini akan menggunakan cip permainan R3 keluaran Red Magic bersama-sama dengan pemproses Snapdragon 8 Elite.

    Selain itu, ia dilengkapi dengan RAM LPDDR5X berkelajuan tinggi yang mampu mencapai kelajuan pemindahan data 9600Mbps dan storan UFS 4.0 Pro. Teknologi Frame Scheduling 2.0 oleh Red Magic membantu mengoptimumkan permainan dengan meramal permintaan kuasa pengkomputeran yang dapat meningkatkan kecekapan tenaga.

    Menurut data permainan, permainan Honkai Impact 3 boleh berjalan selama 60 minit dengan purata kadar bingkai 60.1 fps dan variasi bingkai yang sangat minimum. Peranti ini juga menyokong resolusi permainan sehingga 2K pada 120fps.

    Red Magic 10 Pro dilengkapi dengan skrin penuh generasi baru 6.85 inci, nisbah skrin-ke-badan 95.3% serta skrin dengan resolusi 1.5K, kadar segar semula 144Hz dan kecerahan puncak 2000 nits. Ia turut menampilkan teknologi kamera bawah skrin AI tiga hala.

    Dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 8 Elite dan cip permainan khusus Red Magic, telefon ini menjanjikan kadar bingkai yang stabil dan teknologi bateri berketumpatan tinggi untuk hayat bateri lebih lama dan sesuai untuk permainan yang memerlukan kuasa tinggi.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured