More

    Red Magic 11S Pro dilancar secara global dengan SD 8 Elite Gen 5 dan bateri 7,500mAh

    Red Magic mengumumkan pelancaran telefon gaming terbaharu Red Magic 11S Pro ke pasaran global selepas diperkenalkan terlebih dahulu di China. Peranti dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 Leading Version dengan kelajuan sehingga 4.74GHz dan dipadankan bersama cip tambahan RedCore R4 yang mengendalikan audio, haptic dan kesan visual.

    Bagi kawalan suhu, ia menggunakan sistem penyejukan AquaCore generasi baharu yang merangkumi kipas dalaman 24,000 RPM, vapor chamber seluas 13,116 mm² serta sistem penyejukan cecair fluorinated. Sistem aliran penyejukannya boleh dilihat menerusi panel belakang lutsinar peranti.

    Telefon ini menggunakan skrin OLED 6.85 inci beresolusi 1.5K dengan kadar segar semula 144Hz serta kecerahan puncak 1,800 nits. Red Magic masih mengekalkan kamera bawah skrin menggunakan panel BOE X10 untuk menyembunyikan sensor kamera swafoto 16MP tanpa notch atau lubang kamera pada paparan.

    Untuk gaming, skrin tersebut menyokong kadar pensampelan sentuhan segera 3,000Hz bersama butang bahu 520Hz pada sisi peranti. Baterinya pula berkapasiti 7,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 80W berwayar dan wayarles serta pengecasan berbalik untuk mengecas peranti lain.

    Untuk kamera, Red Magic 11S Pro hadir dengan sensor utama 50MP bersama OIS serta kamera ultra lebar 50MP. Peranti menjalankan Red Magic OS 11.5 berasaskan Android 16 dan turut menyokong beberapa fungsi AI Google Gemini termasuk Circle to Search serta terjemahan masa nyata. Red Magic 11S Pro ditawarkan dalam warna Nightfreeze dan Subzero.

    Varian 12/256GB dijual pada harga bermula USD849 (~RM3,374) manakala versi 16/512GB storan pula berharga USD949 (~RM3,772). Sama-sama nantikan pengumuman Red Magic tentang ketersediaannya untuk pasaran Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...