More

    Red Magic 8 Pro akan dilancar pada 26 Disember ini, tampilkan cipset Snapdragon 8 Gen 2

    Walaupun Red Magic tidak mendapat banyak pengiktirafan tetapi jenama itu masih terkenal sebagai peranti gaming yang berkualiti. Tidak lama lagi, Red Magic 8 Pro akan dilancarkan di China pada 26 Disember 2022 dan ia akan menampilkan cipset Snapdragon 8 Gen 2 baharu.

    Daripada segi spesifikasi, pensijilan TENNA mendedahkan bahawa Red Magic 8 Pro akan menampilkan paparan OLED 6.8 inci dengan resolusi 2K. Jika dilihat pada imej di bawah, telefon ini mempunyai skrin penuh tanpa sebarang lubang tebuk tetapi ia akan membawa kamera bawah paparan 8MP.

    Di bahagian belakangnya pula terdapat tri-kamera yang terdiri daripada kamera utama 50MP, ultralebar 8MP dan makro/ kedalaman 2MP. Ia mempunyai dua varian bateri iaitu 5,000mAh dan 6,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 165W.

    Untuk memberikan pengalaman gaming yang baik, ia hadir dengan RAM 8GB, 12GB atau 16GB dan storan UFS 4.0 256GB, 512GB atau 1TB. Ia dijangka menggunakan perisian UI Red Magic berdasarkan Android 13. Peranti ini membawa ukuran 163.98mm x 76.35mm x 8.9mm dan berat kira-kira 228 gram.

    Adakah anda sudah bersedia untuk menukar telefon gaming anda? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...