More

    REDMAGIC 10S Pro dilancar di Malaysia: Telefon pertama dengan Snapdragon 8 Elite Leading Version bermula RM3,499

    ZTE Malaysia baru-baru ini melancarkan telefon gaming terbaru iaitu REDMAGIC 10S Pro. Telefon ini merupakan peranti pertama dalam dunia yang dilengkapi cipset andalan (flagship) Snapdragon 8 Elite Leading Version bagi menyediakan prestasi gaming yang terpantas untuk peranti Android, serta menampilkan pelbagai spesifikasi canggih yang lain.

    Cipset ini menyediakan CPU dengan kelajuan clock sehingga 4.47GHz (lebih tinggi daripada 4.32GHz pada Snapdragon 8 Elite asal), kelajuan GPU sehingga 1,200MHz (lebih tinggi daripada 1,100MHZ pada Snapdragon 8 Elite asal) serta prestasi NPU AI yang lebih pantas sebanyak 40%. Ia juga mempunyai cip gaming RedCore R3 Pro Gaming Chip bagi menyediakan prestasi gaming yang tertinggi.

    Untuk prestasi memori yang pantas, ia menggunakan RAM LPDDR5T sehingga 24GB dan storan dalaman UFS 4.1 Pro sehingga 1TB.

    Sewaktu bermain game pula, ia mempunyai teknologi penyejukan ICE-X Cooling 10 lapis yang terdiri daripada Liquid Metal 2.0 dengan konduktiviti haba sebanyak 200 W/m·K, setaraf dengan PC gaming terkini. Keluasan besi cecair kini seluas 36mm², lebih luas sebanyak 30% daripada generasi sebelumnya dan akan mula cair pada suhu sekitar 50°C.

    Ia juga mempunyai kamar wap seluas 12,000 mm² untuk melesapkan haba dengan lebih cekap serta kipas 23,000RPM yang boleh beroperasi dengan bunyi serendah 4dB.

    Untuk skrin, ia mempunyai paparan AMOLED berukuran 6.85 inci dengan resolusi 1.5K, kadar segar semula 144Hz dan kecerahan puncak 2,000 nits. Semua spesifikasi ini menyediakan pengalaman tontonan yang tinggi untuk game atau video.

    Baterinya pula berkapasiti agak besar, dengan kapasiti 7,050 mAh dan menyokong kadar pengecasan pantas 80W.

    Daripada segi rekaan, ia mempunyai pelbagai ciri-ciri telefon gaming seperti butang pemicu di bahagian bucu, cahaya Dynamic RGB Lights dan butang Magic Key yang melancarkan aplikasi GameSpace.

    "
    "

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk REDMAGIC 10S Pro:

    • Skrin AMOLED 6.853 inci, resolusi 1.5K, kadar segar semula 144Hz, kecerahan puncak 2,000 nits, kaca Corning Gorilla Glass
    • Cipset Qualcomm Snapdragon 8 Elite Leading Version
    • RAM RAM LPDDR5T 12GB, 16GB atau 24GB
    • Storan dalaman UFS 4.1 Pro 256GB, 512GB atau 1TB
    • Kamera utama 50MP + kamera ultra-lebar 50MP + sensor kedalaman 2MP
    • Kamera hadapan 16MP
    • Bateri 7,050mAh
    • Pengecasan pantas 80W, pengecas disertakan dalam kotak
    • Sistem operasi REDMAGIC OS 10.5 berdasarkan Android 15
    • Pembesar suara stereo 1115K DTS-X,
    • Port USB-C 3.2 Gen 2, bicu audio 3.5mm
    • Butang shoulder trigger, Magic Key, RGB Lights
    • Pilihan warna hitam matte Nightfall, perak Moonlight atau hitam lutsinar Dusk
    • Harga:
      • 12GB+256GB: RM3,499
      • 16GB+512GB: RM4,399

    Pra-tempahan untuk telefon ini sudah dibuka sejak 5 Julai 2025. Setiap pra-tempahan akan disediakan bersama kipas penyejuk RedMagic Cooler VC 5 Pro (bernilai RM249, sementara stok masih ada) serta waranti tempatan selama 18 bulan oleh ZTE Malaysia.

    Untuk maklumat lanjut mengenainya, anda boleh layari laman web telefon ini atau nubia Redmagic MY Shopee Official Store. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...