More

    REDMAGIC 10S Pro diumum dengan SD 8 Elite Leading Edition, cip “gaming” RedCore R3 Pro bermula ~RM2,923

    REDMAGIC secara rasmi telah memperkenalkan telefon pintar mercu terbaharunya dengan REDMAGIC 10S Pro untuk pasaran China. RedMagic 10S Pro hadir dengan cip Snapdragon 8 Elite Leading Edition dipadankan dengan cip gaming RedCore R3 Pro dan pilihan RAM LPDDR5T sehingga 24GB serta storan dalaman UFS 4.1 Pro sehingga 1TB.

    Selain itu, peranti ini hadir dengan sistem penyejukan ICE-X Cooling System yang menggunakan logam cecair dan penyejukan udara aktif. Sistem ini menawarkan 250% kecekapan terma lebih baik dan kawasan pelesapan haba 30% lebih luas yang mampu menurunkan suhu CPU sehingga 5°C.

    REDMAGIC 10S Pro menampilkan skrin OLED 6.85 inci dengan resolusi 1.5K, kecerahan puncak 2,000 nits dan kadar segar semula 144Hz. Bezelnya hanya 1.25mm tanpa sebarang takuk kamera. Ciri gaming lain termasuk butang bahu dengan kadar pengesanan 520Hz dan kadar pensampelan sentuhan 2,500Hz.

    Bateri berkapasiti 7,500mAh mampu bertahan sehingga 10 jam untuk sesi permainan berterusan serta menyokong pengecasan pantas 120W yang dikatakan boleh mengecas dari 0 ke 100% dalam hanya 35 minit. Untuk fotografi, RedMagic 10S Pro dilengkapi sistem tiga kamera belakang dengan kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 50MP dan sensor kedalaman 2MP. Di hadapan, terdapat kamera swafoto 16MP.

    Ciri tambahan lain termasuk pencahayaan RGB belakang dengan sehingga 14 pilihan warna, butang Magic Key boleh atur, pembesar suara stereo dengan DTS:X Ultra 3D dan motor getaran linear paksi-X untuk maklum balas haptik. Ia juga dilengkapi port USB 3.2 Gen 2 yang menyokong output video 8K pada 60Hz.

    RedMagic mendakwa siri 10S Pro dilengkapi emulator PC terbina dalam yang menyokong pelbagai permainan Steam. Ia merupakan satu langkah berani yang berpotensi mengubah dunia permainan mudah alih jika berfungsi dengan baik, walaupun secara separa.

    REDMAGIC 10S Pro hadir dalam dua varian utama dengan REDMAGIC 10S Pro dan REDMAGIC 10S Pro+ yang masing-masing dengan pelbagai pilihan konfigurasi dan warna. Perbezaan untuk kedua-dua model hanya pada kapasiti bateri dan pengecasan. Turut diperkenalkan ialah edisi khas Wuthering Waves Limited Edition untuk peminat permainan video.

    Senarai harga REDMAGIC 10S Pro dan 10S Pro+:

    "
    "

    🔹 RedMagic 10S Pro

    • Shadow
      • 12GB + 256GB – 4,999 RMB (~RM2,923)
      • 16GB + 512GB – 5,499 RMB (~RM3,215)
    • Moonlight
      • 12GB + 256GB – 5,299 RMB (~RM3,098)
      • 16GB + 512GB – 5,799 RMB (~RM3,388)
    • Wuthering Waves Limited Edition
      • 16GB + 512GB – 5,999 RMB (~RM3,505)

    🔹 RedMagic 10S Pro+

    • Shadow
      • 16GB + 512GB – 5,999 RMB (~RM3,505)
    • Moonlight / Dusk
      • 16GB + 512GB – 6,299 RMB (~RM3,680)
      • 24GB + 1TB – 7,499 RMB (~RM4,380)

    Pelancaran global siri Red Magic 10S Pro dijadualkan pada 5 Jun 2025.Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: REDMAGIC

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured