More

    REDMAGIC 11 Air rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, RedCore R4 dan bateri 7,000mAh bermula RM2,499

    REDMAGIC hari ini secara rasmi telah melancarkan REDMAGIC 11 Air untuk pasaran Malaysia. Ia tiba sebagai telefon pintar permainan paling nipis dalam siri REDMAGIC Air yang dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite serta bateri berkapasiti 7,000mAh.

    Peranti menyokong RAM sehingga 16GB dan storan 512GB selain menggunakan cip permainan tambahan RedCore R4 bersama enjin penjadualan sistem CUBE bagi memastikan prestasi permainan lebih stabil serta cekap di bawah beban tinggi. Selain itu, ia turut dilengkapi sistem penyejukan aktif dengan kipas turbo berkelajuan sehingga 24,000RPM dan ruang wap 4D Ice-Steps yang dipatenkan.

    Menurut REDMAGIC, teknologi ini mampu menawarkan peningkatan sehingga 40 peratus kecekapan penyebaran haba berbanding generasi sebelumnya. Paparan pula beresolusi 2688 x 1216 piksel dengan kadar segar semula 144Hz. Ia turut dilengkapi pembesar suara stereo dwi, motor linear paksi-X dan butang bahu 520Hz.

    Seterusnya, peranti ini mempunyai perlindungan IP54 terhadap habuk dan percikan air. Bateri berkapasiti 7,000mAh menyokong pengecasan pantas 80W dan ciri Charge Separation yang membekalkan kuasa terus ke papan induk semasa permainan bagi mengurangkan haba dan mengekalkan kesihatan bateri. Sistem pengurusan tenaga PowerCube AI pula digunakan untuk mengoptimumkan penggunaan kuasa mengikut beban kerja.

    Untuk kamera, ia dilengkapi kamera utama 50MP dengan sokongan OIS, ultra-lebar 8MP dan kamera swafoto 16MP. Ia turut menyokong sambungan 5G, Wi-Fi 6, NFC dan kawalan inframerah selain integrasi Google Gemini AI melalui sistem perisian REDMAGIC OS 11.0. Peranti ini ditawarkan di Malaysia pada harga RM2,499 bagi varian 12/256GB manakala varian 16/512GB dijual pada harga RM2,999.

    REDMAGIC 11 Air akan mula dijual pada 1 Februari 2026 bermula jam 8 malam menerusi Shopee REDMAGIC Official Store, Lazada Flagship Store, TikTok REDMAGIC Malaysia dan laman web rasmi REDMAGIC. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured