More

    REDMAGIC 11 Pro dan Astra edisi Golden Saga tersedia di Malaysia, harga bermula RM5,999

    REDMAGIC melancarkan edisi terhad Golden Saga bagi telefon pintar REDMAGIC 11 Pro dan tablet REDMAGIC Astra di Malaysia dengan ketersediaan jualan bermula 2 Mac 2026. Telefon pintar REDMAGIC 11 Pro Golden Saga dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 (3nm) berkelajuan sehingga 4.6GHz.

    Selain itu, terdapat juga cip permainan RedCore R4, paparan 6.85 inci BOE X10 AMOLED 144Hz tanpa takuk serta bateri 7,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 80W berwayar dan wayarles. Kawalan suhu peranti menggunakan sistem penyejukan Golden AquaCore yang dilengkapi kipas TurboFan 24,000 RPM dan teknologi penyejukan cecair fluorinated.

    Pake untuk REDMAGIC 11 Pro tiba dengan sarung pelindung Kevlar, VC Cooler 6 Pro edisi emas, pengecas dan kabel, kad koleksi serta pin SIM bersadur emas. Bagi REDMAGIC Astra Gaming Tablet Golden Saga, ia dilengkapi cipset Snapdragon 8 Elite, pemproses RedCore R3 Pro dan paparan OLED 9.06 inci 2.4K 165Hz.

    Tamabahan, ia hadir dengan pembesar suara stereo dengan pengiktirafan DTS:X Ultra dan motor linear dwi paksi X. Pakej tablet ini disertakan dengan sarung pelindung Kevlar magnetik, pengecas dan kabel kemasan emas serta kad koleksi eksklusif.

    Kedua-dua peranti ditawarkan dalam memori RAM 24GB dan storan 1TB pada harga RM6,999 untuk REDMAGIC 11 Pro Golden Saga manakala RM5,999 untuk REDMAGIC Astra Gaming Tablet Golden Saga menerusi Shopee, Lazada, TikTok Shop dan laman web rasmi jenama tersebut.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured