More

    REDMAGIC 11 Pro rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite Gen 5, AquaCore Cooling dan bateri 7,500mAh bermula RM3,399

    REDMAGIC hari ini secara rasmi telah melancarkan 11 Pro di Malaysia yang menawarkan prestasi gaming tertinggi dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5, sistem penyejukan baharu AquaCore Cooling dan bateri 7,500mAh yang menyokong pengecasan 80W berwayar dan wayarles.

    REDMAGIC 11 Pro dilengkapi paparan 6.85 inci BOE X10 AMOLED dengan resolusi 2688×1216, kadar segar semula 144Hz, kadar sentuhan segera 3,000Hz dan kecerahan sehingga 1,800 nits. Ia turut menampilkan Synaptics touch chip dan mod khas untuk penggunaan tangan basah.

    Seterusnya, ia dikuasakan oleh cip gaming RedCore R4 bersama storan UFS 4.1 Pro dan RAM LPDDR5T sehingga 24GB. Sistem AquaCore pula menggunakan aliran cecair berfluorin, ruang penyejukan 13,116mm² vapor chamber dan kipas TurboFan 24,000 RPM bagi mengekalkan suhu.

    Untuk fotografi, ia hadir dengan sistem tiga kamera belakang yang terdiri daripada kamera utama 50MP (OIS), ultra lebar 50MP dan sensor sokongan 2MP manakala kamera hadapan 16MP pula menawarkan pengoptimuman AI untuk swafoto. Peranti ini turut mempunyai pembesar suara stereo, butang bahu 520Hz, motor haptik 4D dan port audio 3.5mm.

    REDMAGIC 11 Pro akan mula dijual di Malaysia mulai 10 November 2025, jam 8 malam melalui Shopee (REDMAGIC Official Store), Lazada, TikTok Shop dan laman rasmi REDMAGIC Malaysia. Harga jualan bermula dari RM3,399 (12/256GB), RM3,999 (16/512GB) dan RM4,999 (24/1TB).

    Spesifikasi lengkap REDMAGIC 11 Pro:

    • Skrin BOE X10 AMOLED 6.85 inci, resolusi 2688×1216 (1.5K), kadar segar semula 144Hz, kadar sentuhan segera 3000Hz, kecerahan puncak 1,800 nits, Synaptics touch chip, sokongan “wet-hand mode”
    • Qualcomm Snapdragon 8 Elite Gen 5 (4nm)
    • Cip sokongan gaming RedCore R4
    • GPU Adreno Elite Gen 5
    • RAM LPDDR5T 12GB / 16GB / 24GB
    • Storan dalaman UFS 4.1 256GB / 512GB / 1TB
    • Sistem Penyejukan AquaCore Cooling System aliran cecair berfluorin, 13,116 mm² vapor chamber, Liquid Metal 3.0, TurboFan 24,000 RPM, micropump dual-loop design
    • Kamera belakang utama 50MP (OIS, sensor Sony), ultra lebar 50MP, kamera sokongan 2MP
    • Kamera hadapan 16MP dengan pengoptimuman AI
    • Bateri 7,500 mAh (dual-cell) dengan sokongan pengecasan pantas 80W, wayarles 80W dan pengecasan berbalik
    • Sistem Operasi REDMAGIC OS 11 (berasaskan Android 15, integrasi AI dan Google Gemini)
    • Pembesar suara dwi, 4D haptic feedback, bicu audio 3.5mm, butang kawalan bahu 520Hz dengan latensi ultra rendah
    • Pilihan warna: Cryo, Nightfreeze dan Subzero serta lutsinar
    • Ketahanan penarafan IPX8 dan reka bentuk anti-habuk dalaman
    • Sambungan 5G, Wi-Fi 7, Bluetooth 5.4, NFC, USB-C 3.2
    • Ciri Tambahan AI Gaming Engine, Second Display Mode, Game Space, Game Dock, Smart Fan Control
    • Harga: RM3,399 (12/256GB) | RM3,999 (16/512GB) | RM4,999 (24/1TB)

    Setiap pembelian awal turut menerima hadiah percuma bernilai RM467 sepanjang tempoh pelancaran. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...