More

    REDMAGIC 8 Pro dilancar di Malaysia: SD 8 Gen 2, sistem ICE 11.0 dan bateri 6,000mAh bermula RM3,699

    Nubia hari ini mengumumkan bahawa REDMAGIC 8 Pro telah tiba di pasaran Malaysia yang dilengkapi dengan cipset Snapdragon 8 Gen 2. Ia hadir dengan dua versi iaitu 12/256GB dan 16/512GB masing-masing berharga RM3,699 dan RM4,299.

    Peranti baharu ini akan memulakan acara jualan pertama eksklusif di Lazada pada 25 Februari dan harga kedua-dua versi itu masing-masing hanya RM2,899 dan RM3,499. Daripada segi spesifikasi, REDMAGIC 8 Pro menggunakan cipset Snapdragon 8 Gen 2, paparan OLED 120Hz 6.8 inci, bateri 6,000mAh dan pengecasan pantas 65W.

    Selain itu, bahagian kamera mempunyai kamera utama 50MP, makro 2MP dan ultra lebar 8MP. Tambahan, ia mempunyai kipas terbina dalam dengan lampu RGB dan menyokong sambungan Bluetooth 5.3, 5G serta WiFi 7.

    REDMAGIC 8 Pro Matte (12GB+256GB) mempunyai promosi harga jualan awal iaitu RM 2,899 (RRP RM3,699) manakala RedMagic 8 Pro Void (16GB+512GB) dengan harga jualan awal iaitu RM 3,499 (RRP RM4,299).

    Spesifikasi REDMAGIC 8 Pro

    • Cipset Snapdragon 8 Gen 2
    • Skrin OLED 120Hz 6.8 inci
    • Ukuran: 163.98×76.35×8.9mm, berat 228g
    • RAM LPDDR5X 12GB/16GB, storan UFS 4.0 256GB/512GB
    • Bateri 6,000mAh dengan sokongan cas pantas 65W
    • Kamera utama 50MP, makro 2MP dan ultra lebar 8MP
    • Kamera swafoto bawah skrin 16MP
    • Pengimbas cap jari pada skrin, RedMagic OS 6.0
    • Motor linear dwi paksi X, pembesar suara dwi stereo, cip gaming Redcore R2, sistem penyejukan ICE11.0
    • Sambungan USB-C, bicu audio 3.5mm
    • Warna: Matte/ Void

    Bersempena dengan pelancaran REDMAGIC 8 Pro baharu, terdapat juga figura istimewa iaitu REDMAGIC Mora Figurine berharga RM99 dan akan dijual dalam kuantiti terhad di kedai dalam talian rasmi Red Magic di Lazada.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan REDMAGIC 8 Pro dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured