More

    REDMAGIC 9 Pro akan dilancar pada 23 November 2023

    nubia mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar gaming REDMAGIC 9 Pro pada hari Khamis, 23 November 2023 jam 2:00 petang di China. Pengumuman tersebut dibuat melalui sebuah poster yang dimuat naik ke media sosial Weibo.

    Poster itu tidak menunjukkan sebarang maklumat mengenai rekaan REDMAGIC 9 Pro, sebaliknya ia hanya mempunyai kapsyen yang mengatakan telefon itu bakal menawarkan evolusi dalam rekaan, prestasi, hayat bateri dan skrin.

    Spesifikasi untuk telefon ini juga masih tidak diketahui, namun ia dijangka bakal dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3, berdasarkan penanda aras yang telah tertiris pada beberapa bulan lalu.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Apple diperintah bayar RM23.8 bilion kepada Taptic Engine kerana tiru paten

    Mahkamah di Amerika Syarikat memutuskan Apple perlu membayar $5.7 bilion (~RM23.8 bilion) kepada Taction Technology kerana melanggar paten berkaitan perkakasan Taptic Engine....

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured