More

    REDMAGIC 9S Pro dilancar di Malaysia: Telefon “gaming” dengan SD 8 Gen 3 Leading Version, berharga RM3,699

    REDMAGIC Malaysia telah melancarkan telefon pintar gaming terbaru pada hari ini iaitu REDMAGIC 9S PRO. Ia merupakan telefon pertama dalam dunia yang dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 Processor Leading Version yang menawarkan prestasi lebih tinggi berbanding Snapdragon 8 Gen 3 versi standard.

    Snapdragon 8 Gen 3 Leading Version menawarkan kelajuan clock CPU yang dinaikkan kepada 3.4GHz dan GPU kepada 1GHz. Sebagai rujukan, kebanyakan telefon lain yang dilengkapi Snapdragon 8 Gen 3 meletakkan kelajuan 3.3GHz sahaja untuk CPU dan 0.9GHz untuk GPU.

    Selain itu, cipset ini juga dilengkapi storan dalaman UFS 4.0 dan RAM LPDDR5X untuk prestasi memori yang pantas. Ia berjaya mencatatkan markah penanda aras AnTuTu sebanyak 2,369,542 iaitu markah tertinggi untuk sebuah telefon Android setakat ini dan mengukuhkan takhtanya sebagai telefon dengan prestasi terpantas.

    Walaupun dengan prestasi yang semakin tinggi, ia merendahkan penggunaan tenaga sebanyak 34% untuk CPU dan 38% untuk GPU, menjadikannya lebih cekap tenaga dan memanjangkan hayat bateri.

    Baterinya berkapasiti 6,500mAh dan boleh bertahan sehingga dua hari dengan penggunaan biasa. Ia turut menyokong kadar pengecasan pantas 80W yang boleh mengecas penuh dalam masa 35 minit sahaja.

    Bagi mengawal suhu telefon pada tahap yang optimum, telefon ini dilengkapi sistem penyejukan ICE 13.5 Cooling System yang terdiri daripada gel penyejukan beku (frost cooling gel) baharu dan lapisan 10 material. REDMAGIC mengatakan ia boleh merendahkan suhu CPU sehingga 19.5°C dan meningkatkan kecekapan penyejukan sehingga 20%.

    Terdapat juga sebuah kipas yang berputar pada kadar 22,000 rpm untuk pelesapan haba dan ia menghasilkan bunyi serendah 4dB sahaja.

    Di bahagian bucu, terdapat pemicu penjuru (shoulder triggers) 520Hz yang mempunyai area sentuhan lebih luas sebanyak 90%, kalis peluh dan sensitiviti yang lebih tinggi sebanyak 20%.

    "
    "

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk REDMAGIC 9S Pro:

    • Skrin AMOLED BOE Q9+ 6.8 inci, resolusi 1116×2480, kadar segar semula 120Hz, kecerahan puncak 1,600 nits, kaca Corning Gorilla Glass 5, pengimbas cap jari bawah skrin
    • Cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 Leading Version
    • RAM LPDDR5X 12GB atau 16GB
    • Storan dalaman UFS4.0 256GB atau 512GB
    • Kamera utama 50MP dengan sensor Samsung GN5, penstabilan OIS + kamera ultra-lebar 50MP dengan snesor Samsung JN1
    • Kamera swafoto 16MP
    • Bateri 6,500mAh
    • Pengecasan pantas 80W
    • Sistem penyejukan ICE 13.5, kipas dengan hiasan RGB
    • Shoulder triggers 520Hz
    • Pembesar suara stereo 1115K dengan Snapdragon Sound, DTS:X ULTRA
    • Port USB-C, bicu audio 3.5mm
    • Menyokong Bluetooth 5.3, NFC
    • Sistem operasi Android 14 dengan REDMAGIC OS 9.5
    • Ukuran 163.98×76.35×8.9mm, berat 229 gram
    • Harga:
      • RM3,699 (harga sebelum 8 Ogos: RM3,199)
      • RM4,499 (harga sebelum 8 Ogos: RM3,999)

    REDMAGIC 9S Pro akan dijual bermula 25 Julai 2024. Jika anda membelinya sebelum 8 Ogos 2024, anda boleh menikmati harga promosi dengan potongan diskaun sebanyak RM500. Pelanggan yang membeli sebelum tarikh tersebut juga akan menerima REDMAGIC VC Cooler 5 Pro (bernilai RM249) secara percuma.

    Ia boleh dibeli daripada laman web REDMAGIC Malaysia, Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Anda juga boleh membeli telefon sebelumnya, REDMAGIC 9 Pro, pada harga yang serupa. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...