More

    REDMAGIC Cyberbuds DAO TWS dilancar di Malaysia: Bluetooth 5.3, Qualcomm S5 dan kependaman 28ms berharga RM1,499

    Jenama REDMAGIC yang terkenal dengan telefon pintar permainannya seperti siri Red Magic 8S yang dikeluarkan baru-baru ini telah melancarkan fon telinga Red Magic Cyberbuds Dao TWS baharu secara rasmi untuk pasaran Malaysia.

    Untuk spesifikasi, fon telinga ini dilengkapi Bluetooth 5.3, Qualcomm S5 dan kependaman minimum 28ms. Ia juga memaparkan reka bentuk futuristik dengan kesan lampu RGB untuk memaksimumkan pengalaman permainan. Ia juga boleh bertahan selama 7 jam dengan sekali pengecasan.

    Selain itu, Cyberbuds DAO TWS juga serasi dengan PC, PS4, PS5, Switch dan telefon pintar Android. Pengguna juga boleh bermain-main dengan kesan cahaya RGB dan mod bunyi untuk sesi permainan yang lebih menyeluruh. Kedua-dua fon telinga dan pengecas menampilkan reka bentuk lutsinar dengan lampu RGB di dalamnya.

    Selain itu, pengguna boleh memilih fungsi fon telinga seperti format codec (SBC, AAC, LE Audio, aptX dan LHDC 5.0), mod EQ audio, mod permainan dan sebagainya melalui aplikasi Goper. Selain itu, fon telinga boleh mengurangkan hingar aktif sehingga 48dB, mod EQ untuk meningkatkan kesan bunyi dan mod kependaman rendah.

    Kepada yang berminat, anda boleh dapatkan fon telinga ini daripada REDMAGIC Official Lazada Store dengan harga bermula pada RM1499.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...