More

    REDMAGIC Gaming Tablet 3 Pro dilengkapi Snapdragon 8 Elite bakal dilancar Jun ini

    REDMAGIC secara rasmi mengesahkan nama tablet gaming terbaharu mereka sebagai REDMAGIC Gaming Tablet 3 Pro dengan pelancaran dijangka berlangsung pada Jun 2025. Tablet ini merupakan pengganti kepada REDMAGIC Gaming Tablet Pro yang diumumkan pada September tahun lalu.

    Tablet versi baharu dijangka membawa peningkatan ketara termasuk penggunaan cip Snapdragon 8 Elite Leading Version iaitu varian overclocked daripada Snapdragon 8 Gen 3 khusus untuk prestasi permainan yang lebih agresif.

    Selain itu, REDMAGIC Gaming Tablet 3 Pro turut dikhabarkan hadir dengan skrin OLED 9 inci beresolusi 2400 x 1504 piksel menjanjikan visual yang lebih tajam dan warna yang lebih kaya. Untuk menyokong sesi permainan panjang, ia dimuatkan dengan bateri 8,240mAh bersama sistem penyejukan berkipas terbina dalam bagi memastikan suhu peranti kekal stabil.

    Sebagai perbandingan, model sebelumnya tampil dengan skrin LCD 10.9 inci, kadar segar semula 144Hz dan bateri 10,100mAh dengan pengecasan pantas 120W. Versi baharu ini dijangka mengekalkan ciri-ciri gaming premium tersebut dengan beberapa penambahbaikan pada aspek paparan, cip dan rekaan thermal.

    Setakat ini, tiada tarikh rasmi diumumkan, namun lebih banyak maklumat dijangka didedahkan dalam masa terdekat menjelang pelancaran penuh bulan ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Weibo

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured