More

    REDMAGIC Malaysia lancarkan monitor “gaming” 4K Mini-LED 27 inci, bermula RM3,999

    REDMAGIC telah melancarkan sebuah monitor gaming terbaru untuk pasaran Malaysia yang menawarkan resolusi 4K, berukuran 27 inci dan dilengkapi teknologi Mini-LED.

    Monitor ini dilengkapi lebih 2,000 Mini-LED untuk menawarkan warna yang terang dan pekat dengan nisbah kontras mencapai 1,000,000:1. Resolusinya ialah 3840×2160 (4K) dan menawarkan kadar segar semula sehingga 160Hz untuk penggunaan yang lancar.

    Skrinnya boleh diputar sebanyak 90° dalam arah jam atau lawan jam, dan ketinggiannya boleh dilaraskan. REDMAGIC mengatakan sudut penglihatan skrin ini agak luas iaitu sehingga 178°.

    Ia mempunyai kecerahan sehingga 1,000 nits, pemalapan (dimming) frekuensi ultra-tinggi serta pengiktirafan pancaran cahaya biru yang rendah untuk penggunaan yang lebih selesa pada mata. Gamut warnanya ialah 99% Adobe RGB, 99% sRGB dan 99% DCI-P3.

    Monitor ini menawarkan fungsi Moving Picture Response Time (MPRT) yang mengurangkan kabur gerakan (motion blur) dan meningkatkan kejelasan imej bagi membantu pemain yang utamakan gameplay pantas, terutamanya dalam situasi e-sukan.

    Monitor ini menyediakan enam port, termasuk HDMI 2.1 yang menyokong FreeSync dan G-Sync, dua DisplayPort 1.4, dua USB-C, tiga USB-A serta bicu audio 3.5mm. Belakang monitor ini turut menempatkan efek pencahayaan RGB berbentuk tiga segi.

    Ia juga menawarkan beberapa mod khas seperti Movie Mode, FPS Mode dan MOBA Mode, di mana ia akan melaraskan skrin untuk memberi kelebihan terbaik dalam situasi masing-masing. Ia juga boleh digabungkan dengan konsol PlayStation 5 dan Xbox.

    Monitor ini akan dijual pada harga RM3,999 di laman web Shopee REDMAGIC. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured