More

    Redmi 10C dilancar di Malaysia: SD 680, kamera utama 50MP dan bateri 5000mAh bermula RM559

    Hari ini, Redmi mengumumkan pelancaran Redmi 10C untuk pasaran Malaysia. Siri Redmi 10 merupakan telefon pintar bajet yang popular. Ia dilengkapi Qualcomm Snapdragon 680 Octa-Core 6nm yang menawarkan kadar kelajuan jam maksimum 2.4GHz dan dipasangkan dengan Ram 4GB.

    Tambahan, 10C datang dalam pilihan storan 64GB atau 128GB yang menggunakan UFS 2.2 untuk kelajuan menyimpan maklumat dan prestasi yang lebih pantas. Bagi paparan, peranti ini memaparkan skrin Dot Drop 6.71 dengan resolusi HD+ serta menyokong tontonan Neftlix dan Amazon Prime dalam definisi HD.

    Selain itu, ia mempunyai bateri berkapasiti 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W. Pada bahagian belakangnya terdapat kamera utama 50MP + dwi-kamera sensor kedalaman 2MP manakala bahagian hadapan pula menempatkan kamera swafoto 5MP.

    Spesifikasi lain bagi peranti ini ialah port USB-C, sokongan storan boleh kembang sehingga 1TB, slot hibrid Dual SIM + MicroSD, pengimbas cap jari pada bahagian belakang dan bicu audio 3.5mm.

    Peranti ini boleh didapati dalam dua varian iaitu 4GB+64GB berharga RM559 dan varian 4GB+128GB pada harga RM629. 10C akan tersedia untuk pembelian mulai 19 Mac 2022 melalui kedai sah Xiaomi di Malaysia dan peruncit rasmi serta di kedai rasmi dalam talian Lazada dan Shopee.

    Apakah pendapat anda tentang Redmi 10C? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured