More

    Redmi 10C dilancar, dilengkapi skrin 6.71″, Snapdragon 680, 2 kamera berharga ~RM790

    Xiaomi telah melancarkan varian terbaru dalam siri telefon pintar kelas permulaan Redmi 10 di Nigeria iaitu Redmi 10C. Telefon ini dilengkapi skrin LCD berukuran 6.71 inci namun masih tidak diketahui jika ia mempunyai resolusi HD+ atau FullHD+.

    Untuk spesifikasi dalaman pula, ia dilengkapi cipset Snapdragon 680, RAM 4GB dan storan dalaman sebanyak 64GB atau 128GB yang boleh dibesarkan dengan kad memori microSD. Baterinya pula berkapasiti 5,000mAh dan menyokong pengecasan 10W sahaja.

    Daripada segi fotografi, telefon ini dilengkapi kamera utama 50MP dan kamera tambahan 2MP, manakala di hadapan pula ia mempunyai kamera swafoto 5MP.

    Redmi 10C dijual pada harga NGN78,000 (~RM790) untuk varian 4GB+64GB dan NGN87,000 (~RM890) untuk varian 4GB+128GB. Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia.

    Ini adalah varian Redmi 10 kedua yang dilancar pada tahun ini, selepas Redmi 10 (2022) dilancar pada Februari lalu. Kongsi pendapat anda tentang telefon ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured