More

    Redmi 11 5G mungkin akan dilancar pada Jun 2022, dilengkapi Dimensity 700 dan skrin 90Hz

    Xiaomi dijangka akan melancarkan telefon pintar kelas permulaan Redmi 11 5G pada akhir bulan Jun 2022 di India. Berdasarkan namanya, ini bakal menjadi telefon 5G pertama dalam siri Redmi yang mempunyai nombor dalam namanya.

    Menurut laporan media 91Mobiles, Redmi 11 5G mungkin akan dilengkapi skrin LCD berukuran 6.58 inci dengan resolusi FullHD+ dan kadar segar semula 90Hz. Spesifikasi dalamannya pula terdiri daripada cipset MediaTek Dimensity 700, RAM 4GB dan storan dalaman 64GB yang boleh dibesarkan dengan kad microSD.

    Selain itu, baterinya berkapasiti besar 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 18W. Kameranya pula mungkin terdiri daripada kamera utama 50MP, kamera tambahan 2MP dan kamera swafoto 5MP. Daripada segi harga pula, ia mungkin bermula daripada INR13,999 (~RM790) untuk varian memori 4GB+64GB.

    Jika anda berminat untuk memiliki telefon pintar Redmi kelas permulaan sekarang, anda boleh lihat pada siri Redmi Note 11 yang menampilkan banyak spesifikasi menarik pada harga bermula RM749.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Redmi 11 5G dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured