More

    Redmi 12 dilancar: Helio G88, skrin 6.79″ dan kamera 50MP berharga ~RM707

    Xiaomi telah mengumumkan telefon pintar terbaharunya iaitu Redmi 12. Peranti ini datang sebagai pengganti kepada Redmi 11 yang dilancarkan pada tahun lepas dan ia merupakan peranti peringkat permulaan yang direka untuk menarik minat pengguna yang mencari telefon pintar mesra bajet.

    Redmi 12 menampilkan LCD 6.79 inci dengan resolusi FHD+ dan kadar penyegaran 90Hz. Terdapat kamera swafoto 8MP ditempatkan pada potongan lubang tebuk manakala bahagian belakang menempatkan kamera utama 50MP bersama-sama ultralebar 8MP dan makro 2MP.

    Redmi 12 dilengkapi cipset MediaTek Helio G88, RAM 4/8GB dan storan 128/256GB yang boleh dikembangkan melalui slot kad mikroSD. Bahagian perisian menggunakan MIUI 14 berdasarkan Android 13 manakala bateri berkapasiti 5,000 mAh akan menyokong pengecasan sehingga 18W.

    Terdapat pengimbas cap jari yang terletak di sisi, bicu audio 3.5mm dan penarafan IP53. Redmi 12 hadir dalam warna Midnight Black, Sky Blue dan Polar Silver dan berharga THB 5,299 (~RM707) untuk varian 8/128GB.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Xiaomi

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured