More

    Redmi 13C dilancar di Malaysia: Skrin 90Hz 6.74″ dan Helio G85 berharga RM499

    Hari ini, Xiaomi Malaysia mengumumkan peranti bajet baru mereka, Redmi 13C pada harga runcit RM499.

    Walaupun pengumuman di laman Facebook dan laman web Xiaomi Malaysia tidak memberikan banyak maklumat tentang spesifikasinya, laman web rasmi Xiaomi global mendedahkan bahawa Redmi 13C mempunyai paparan 90Hz 6.74 inci, bateri 5,000mAh dengan pengecasan 18W serta kamera utama AI 50MP + lensa makro 2MP dan kamera hadapan 8MP.

    Ia menggunakan cipset MediaTek Helio G85 yang sama dengan pendahulunya tetapi dengan tiga konfigurasi memori yang berbeza. Berdasarkan set Malaysia, Redmi 13C membawa RAM 6GB yang boleh dikembangkan dengan tambahan 6GB dan storan 128GB dengan tambahan 1TB melalui kad MikroSD.

    Selain itu, Redmi 13C juga dilengkapi dengan pengimbas cap jari di sisi, pengimbas wajah AI, sokongan NFC, Bluetooth 5.3. dan bicu audio 3.5mm. Akhirnya, ia menggunakan sistem operasi MIUI 14 berdasarkan Android 13.

    Berikut adalah spesifkasi ringkas Redmi 13C:

    • Cipset MediaTek Helio G85
    • RAM 6GB (tambahan 6GB) dan storan 128GB (tambahan 1TB melalui kad MikroSD)
    • Paparan 90Hz 6.74 inci
    • Bateri 5,000mAh dengan pengecasan 18W
    • Dwi kamera: Kamera utama AI 50MP + lensa makro 2MP
    • Kamera hadapan 8MP
    • Sistem operasi MIUI 14 berdasarkan Android 13.
    • Spesifikasi lain: Pengimbas cap jari di sisi, pengimbas wajah AI, sokongan NFC, Bluetooth 5.3. dan bicu audio 3.5mm
    • Harga: RM499

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured