More

    Redmi 13x kini rasmi di Malaysia pada harga mampu milik RM599

    Xiaomi Malaysia secara rasmi telah melancarkan telefon pintar bajet terbaharu dengan Redmi 13x yang kini boleh didapati pada harga serendah RM599. Dengan penawaran spesifikasi menarik pada harga mampu milik, Redmi 13x disasarkan untuk pengguna yang mahukan prestasi harian yang baik tanpa perlu berbelanja besar.

    Dikuasakan cip pemproses MediaTek Helio G91-Ultra dengan binaan 12nm, Redmi 13x hadir bersama RAM LPDDR4X 8GB dan storan dalaman 256GB eMMC 5.1 serta storan boleh dikembangkan sehingga 1TB melalui kad microSD. Telefon ini dilengkapi paparan DotDisplay bersaiz 6.79 inci FHD+ dengan resolusi 2460×1080 dan kepadatan piksel 396 ppi.

    Skrin ini turut menyokong kadar segar semula sehingga 90Hz yang menampilkan Mod Bacaan, DC Dimming dan pensijilan TÜV Rheinland bagi Cahaya Biru Rendah, mesra ritma sirkadian serta bebas kelipan. Kecerahan maksimum skrin mencecah 550 nits dalam mod kecerahan tinggi.

    Redmi 13x menampilkan kamera utama 108MP digandingkan dengan lensa makro 2MP. Kamera hadapan pula beresolusi 13MP. Beberapa mod menarik turut disertakan seperti HDR, Mod Malam, Mod Potret, Rakaman Masa dan mod 108MP khusus. Rakaman video pula menyokong sehingga 1080p pada 30 bingkai sesaat (fps).

    Baterinya pula berkapasiti 5,030mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W melalui USB-C. Telefon ini juga mengekalkan bicu audio 3.5mm, sambungan Bluetooth 5.4 dan menjalankan sistem operasi terkini Xiaomi HyperOS. Redmi 13x ditawarkan dalam dua pilihan warna menarik iaitu Midnight Black dan Silk Blue dengan harga RM599.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured