More

    Redmi 14C 5G akan dilancar pada 6 Januari 2025

    Redmi bakal melancarkan telefon pertama untuk tahun hadapan, Redmi 14C 5G, pada hari Isnin, 6 Januari 2025. Sebelum ini, varian 4G sudah pun dilancar di Malaysia pada bulan September dan kini mereka bakal melancarkan varian 5G untuk pasaran antarabangsa pada tarikh tersebut.

    Sebuah laman khas sudah pun diterbitkan dalam laman sesawang Xiaomi, di mana ia menunjukkan rekaan belakang telefon tersebut serta tiga pilihan warna iaitu hitam, biru dan ungu. Warna biru mempunyai corak bertemakan cahaya bintang dalam langit malam, manakala warna ungu pula mempunyai tekstur mirip seramik.

    Ia mempunyai empat lubang hitam yang menempatkan dua lensa, satu lampu denyar LED dan sebaris teks yang menyatakan “50MP AI Camera.”

    Tiada maklumat lain yang diberikan mengenai spesifikasinya. Pada September lalu, Redmi 14C 4G telah dilancar di Malaysia dan ia dilengkapi spesifikasi seperti skrin 120Hz, cipset MediaTek Helio G81 Ultra, kamera utama 50MP, bateri 5,160mAh, kadar pengecasan 18W dan dijual pada harga RM449.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Redmi 14C 5G dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...