More

    Redmi 14R 5G dilancar: Skrin 120Hz, Snapdragon 4 Gen 2, bateri 5,160mAh bermula ~RM670

    Selepas Redmi 14C dilancar di Malaysia pada awal bulan ini, kini Redmi memperkenalkan sebuah lagi telefon dengan penjenamaan yang serupa iaitu Redmi 14R 5G. Seperti 14C, Redmi 14R dilengkapi spesifikasi asas dan dijual pada harga yang sangat mampu milik.

    Redmi 14R 5G mempunyai skrin LCD berukuran 6.88 inci dengan resolusi HD+, kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 600 nits. Ia boleh membaca input sentuhan walaupun dengan jari yang basah.

    Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset Snapdragon 4 Gen 2, RAM LPDDR4X sebanyak 4GB, 6GB atau 8GB, storan dalaman UFS 2.2 sebanyak 128GB atau 256GB yang boleh dibesarkan sehingga 1TB dengan kad memori microSD, serta bateri 5,160mAh yang menyokong kadar pengecasan pantas 18W. Sistem operasinya menggunakan Android 14 dengan antara muka HyperOS.

    Di belakang, kameranya terdiri daripada kamera utama 13MP dan sensor yang tidak diketahui, manakala di hadapan pula terdapat kamera swafoto 5MP.

    Telefon ini ditawarkan dalam empat warna iaitu biru, ungu, hijau dan hitam. Ia mempunyai pengimbas cap jari di bahagian sisi dan bicu audio 3.5mm di bahagian bawah.

    Redmi 14R 5G akan dijual dalam pasaran China pada harga bermula CNY1,099 (~RM670) untuk varian 4GB+128GB, dan setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Xiaomi

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured