More

    Redmi 9A kemas kini Security Patch Januari 2022 & MIUI 12.5 dipertingkat berdasarkan Android 11

    Xiaomi selalu menyediakan peranti berprestasi tinggi untuk harga yang murah, jadi orang ramai mungkin berfikiran bahawa sokongan perisian akan terjejas dengan harga sebegini. Sungguh pun begitu, pasukan pembangun telah menawarkan kemas kini keselamatan peranti peringkat permulaan iaitu Redmi 9A pada Februari 2022.

    Redmi 9A dilancarkan di Eropah pada Julai 2020 dengan harga 99 Euro (RM359 di pasaran Malaysia) dan ia hadir dengan MIUI 12 berdasarkan Android 10. Sejak itu, ia telah menerima kemas kini keselamatan suku tahunan untuk memastikan telefon selamat dalam abad ke-21 pada setiap masa.

    Mulai 5 Feb 2022, Redmi 9A akan menerima kemas kini OS utama iaitu kemas kini Global MIUI 12.5 Enhanced Edition berdasarkan Android 11. Kemas kini terbaharu ini dikatakan membawa prestasi pantas dan hayat bateri yang lama pada satu cas berasaskan pada log perubahan.

    Kemas kini baharu membawa “Atomized Memory” yang membenarkan mekanisme pengurusan memori ultra-halus untuk penggunaan RAM lebih cekap manakala “Smart Balance” mempunyai peningkatan sistem teras yang memanfaatkan spesifikasi perkakasan di dalamnya.

    Satu lagi peningkatan yang dibawa oleh kemas kini ialah tampung keselamatan (security patch) terbaharu daripada Google. Security patch Januari 2022 Redmi 9A dapat memastikan data anda selamat daripada perisian malware talian. Pengguna disyorkan untuk menyemak storan mereka terlebih dahulu sebelum memuat turun kemas kini kerana ia akan mengambi ruang sebanyak 1.9GB keseluruhan. 

    Bagi spesifikasi lain, Redmi 9A turut dilancarkan dengan MediaTek Helio G25, Paparan LCD 6.53” dan bateri 5000mAh. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...