More

    Redmi 9T dilancar di Malaysia: Snapdragon 662, 6000mAh, kamera kuad 48MP, bermula RM599

    Terkini, Xiaomi telah melancarkan Redmi 9T secara global dan ia juga hadir di pasaran Malaysia. Redmi 9T sebelum ini dilapor sebagai penjenamaan semula dari Redmi Note 9 4G yang dilancar di pasaran China, dengan beberapa spesifikasi berbeza.

    Walaupun tahun 2021 sudah menjelma, namun siri Redmi 9 yang mula dilancar pada tahun 2020 masih lagi menerima ahli keluarga baru, Redmi 9T. Peranti ini memiliki beberapa spesifikasi yang dikira baik dalam segmennya seperti Snapdragon 662, kamera kuad 48MP, bateri besar berkapasiti 6000mAh dan skrin Dot Drop FHD+. Anda boleh menyemak spesifikasi asasnya seperti di bawah.

    • Cipset Snapdragon 662
    • RAM 4GB/6GB + storan 64GB/128GB (storan boleh ditambah melalui microSD sehingga 512GB)
    • Paparan 6.53 inci Dot Drop FHD+ dengan tahap kecerahan 400 nits (diperakui TUV Rheinland)
    • Kamera utama kuad 48MP + 8MP ultra lebar + 2MP makro + 2MP kedalaman
    • Kamera swafoto 8MP
    • Bateri 6000mAh + cas pantas 18W
    • Dua pembesar suara (Hi-Res Audio)
    • Bicu audio 3.5mm
    • Sensor cap jari di sisi sebelah kanan peranti

    Untuk pengetahuan anda, anda boleh mula mendapatkan Redmi 9T bermula 15 Januari ini di kedai rasmi Xiaomi, Lazada dan Shopee rasmi Xiaomi.

    • Varian 4GB + 64GB = RM599
    • Varian 6GB + 128GB = RM699

    Adakah anda berminat dengan Redmi 9T? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured