More

    Redmi A3x akan dilancar, mungkin masuk ke pasaran Malaysia

    Xiaomi telah menyenaraikan Redmi A3x di laman web globalnya secara senyap, mendedahkan spesifikasi telefon tersebut. Walaupun harga dan ketersediaannya belum didedahkan, telefon ini dijangka akan dilancarkan di pasaran Malaysia tidak lama lagi kerana ia telah menerima pensijilan SIRIM. A3x disenaraikan di SIRIM pada 5 April 2024 dengan nombor model 24048RN6CG. Ia hampir sama dengan A3 tetapi mempunyai cipset yang lebih rendah.

    Redmi A3x mempunyai paparan LCD 6.71 inci 720p dengan kadar segar semula 90Hz, kecerahan puncak 500 nits dan perlindungan Corning Gorilla Glass 3. Ia dikuasakan oleh cipset Unisoc T603, RAM 3GB dan storan 64GB yang boleh dikembangkan, tetapi versi Malaysia mungkin menawarkan konfigurasi yang berbeza. Kamera belakang menampilkan sensor utama 8MP dan sensor kedalaman manakala kamera swafoto membawa sensor 5MP.

    Redmi A3x dikuasakan oleh bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan 10W. Untuk ketersambungan, peranti ini menyokong 4G, Wi-Fi 2.4GHz, Bluetooth 4.2 dan bicu audio 3.5mm. Gabungan ciri-ciri ini menjadikan A3x sebagai pilihan mesra bajet dalam rangkaian Xiaomi, dengan fokus pada fungsi asas dan kemampuan.

    Beritahu pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumner: Xiaomi Global

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured