More

    Redmi A5 dilancar di Malaysia dengan skrin 6.88″ 120Hz dan kamera AI 32MP, bermula RM299

    Xiaomi hari ini telah memperkenalkan Redmi A5 secara rasmi untuk pasaran Malaysia. Model terbaharu ini adalah dalam siri mampu milik yang hadir dengan pelbagai penambahbaikan menarik daripada segi kamera, prestasi dan rekaan fizikal. Redmi A5 tampil dengan reka bentuk kerangka rata dan kemasan kamera yang diberi sentuhan logam.

    Ia hadir dalam tiga pilihan warna seperti Midnight Black, Sandy Gold dan Ocean Blue dengan kemasan matte yang tahan cap jari. Peranti ini mempunyai ketebalan hanya 8.26mm dan menampilkan paparan besar 6.88 inci dengan kadar segar semula sehingga 120Hz. Teknologi wet touch membolehkan skrin kekal responsif walaupun jari pengguna basah.

    Untuk keselesaan mata, skrin ini turut menerima pensijilan TÜV Rheinland dan dilengkapi dengan fungsi DC dimming. Redmi A5 dilengkapi sistem kamera dwi-AI 32MP yang mampu menangkap imej dengan lebih cerah dan jelas walaupun dalam keadaan cahaya rendah. Menariknya, sensor baharu membenarkan lebih banyak cahaya masuk berbanding generasi sebelumnya.

    Kamera swafoto pula menggunakan sensor 8MP dengan ciri pencahayaan lembut dari skrin (soft-light ring). Redmi A5 dijana oleh cip UNISOC T7250 octa-core dan disokong RAM sehingga 8GB (memori lanjutan) serta baterinya hadir dengan kapasiti 5200mAh. Peranti ini mengekalkan pengimbas cap jari di sisi, ciri nyahkunci wajah dan juga masih menyediakan bicu audio 3.5mm.

    Redmi A5 boleh didapati bermula 18 April 2025 dengan dua varian storan 3/64GB pada harga RM299 dan varian 4/128GB pada harga RM349. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured