More

    Redmi Buds 6 Play, Buds 6 Lite dilancar di Malaysia: Pengurangan hingar sehingga 40dB, hayat bateri 38 jam bermula RM69

    Xiaomi Malaysia mengumumkan bahawa Redmi Buds 6 Lite dan Buds 6 Play kini dilancarkan secara rasmi di pasaran Malaysia. Redmi Buds 6 Play ialah fon telinga jenis terbuka dengan reka bentuk badan bertangkai yang mempunyai kawalan sentuhan. Dengan berat hanya 3.6mm, ia selesa dipakai sepanjang hari tanpa memberi tekanan pada telinga.

    Sepasang pemacu audio bersaiz 10mm digunakan bersama pembatalan hingar berasaskan AI yang boleh membezakan suara manusia dan latar belakang. Selain itu, algoritma AI yang digunakan dapat memastikan komunikasi yang jelas dan bebas gangguan. Ia dilengkapi Bluetooth 5.4, bateri boleh bertahan sehingga 36 jam dan pengecasan selama 10 minit yang mampu menawarkan 3 jam masa main balik.

    Redmi Buds 6 Lite menggunakan sepasang pemacu audio 12.4mm dengan Hybrid Active Noise Cancellation (ANC) disertakan. Ia digabungkan dengan dwi-mikrofon dan sistem pembatalan hingar berasaskan AI yang boleh membezakan suara dan latar belakang manusia dengan baik. Buds 6 Lite turut menyokong berkod audio ACC, sambungan Bluetooth 5.3 dan ciri Sambungan Pantas.

    Hayat bateri boleh mencapai 38 jam dengan pengecasan USB-C. Kedua-dua fon telinga masing-masing berharga RM69 dan RM129. Untuk promosi masa terhad, Redmi Buds 6 Play dijual dengan harga RM49 manakala Redmi Buds 6 lite hanya RM79. Kepada yang berminat, anda boleh membeli Redmi Buds 6 Play di sini dan Redmi Buds 6 Lite di sini.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya serta teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured