More

    Redmi K40 Game Enhanced Edition dapat kemas kini untuk benarkan pemasangan Google

    Telefon pintar gaming pertama dalam jenama Redmi, Redmi K40 Game Enhanced Edition, telah pun dilancar pada hujung bulan April dan ia mendapat sambutan yang amat tinggi daripada para pelanggan China. Walau bagaimanapun, pelancaran telefon itu dalam pasaran China juga bermaksud pelanggan antarabangsa sukar untuk membeli telefon itu kerana mereka akan mengalami kesukaran dalam menggunakan perkhidmatan Google Mobile Services (GMS).

    Kini, kemas kini terbaru untuk perisian MIUI 12.5 dalam telefon tersebut bakal memudahkan pelanggan antarabangsa untuk memasang GMS di dalamnya. Kemas kini MIUI 12.5.5.0RKJCNXM yang mempunyai saiz 161MB membawa rangka asas (framework) untuk pemasangan Google Play Services dan seterusnya perkhidmatan GMS.

    Ini pastinya adalah berita menarik jika pelanggan di Malaysia atau negara-negara lain ingin membeli telefon tersebut dari China. Selain itu, ini juga adalah bertentangan dengan kenyataan Xiaomi pada bulan Februari 2021 di mana semua telefon mereka di China tidak akan lagi menyokong pemasangan GMS.

    Buat pengguna yang berminat untuk memiliki Redmi K40 Game Enhanced Edition namun tidak sanggup untuk membelinya dari China, terdapat khabar sebelum ini mengatakan telefon tersebut bakal dijenamakan semula kepada POCO F3 GT untuk pasaran antarabangsa.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured