More

    Redmi K40 mungkin adalah telefon seterusnya yang dilengkapi cipset Dimensity 1000+

    Sebelum ini, cipset tercanggih oleh MediaTek iaitu Dimensity 1000+ telah diperkenalkan buat pertama kali dalam telefon pintar iQOO Z1. Menurut sumber, telefon seterusnya yang dilengkapi cipset ini mungkin adalah Redmi K40.

    Sumber tersebut mengatakan sebuah peranti Redmi dengan LCD skrin dan lubang punch hole akan dilancarkan dengan cipset tersebut. Di samping itu, ia juga akan dilengkapi skrin 144Hz dan pengimbas cap jari di bahagian sisi.

    Sebelum ini, terdapat juga sebuah berita mengatakan terdapat sebuah peranti Xiaomi lain yang akan dilengkapi cipset tersebut, jadi tidak pasti peranti Xiaomi yang manakah akan diperkenalkan terlebih dahulu.

    Cipset Dimensity 1000+ adalah sebuah pemproses yang dibuat melalui proses 7nm dengan Cortex A77 dan GPU Mali-G77. Ia mempunyai lapan teras dengan frekuensi CPU sehingga 2.6GHz.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Diterjemahkan daripada TechNave English

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured