More

    Redmi K50 Pro bakal dilancar, mungkin dilengkapi Dimensity 9000, kamera 108MP dan bateri 5,000mAh

    Redmi K50 Pro akan dilancarkan pada 17 Mac di China. Sumber dari Xiaomiui mengeluarkan imej langsung Redmi K50 Pro sebelum pelancarannya mendedahkan reka bentuk hadapan dan belakang peranti. Penerbitan itu turut berkongsi spesifikasi utama peranti itu. 

    Di dalam laporan Xiaomiui, Redmi K50 Pro akan dilengkapi dengan binaan plastik dan modul kamera berbentuk segi empat tepat yang menempatkan tri-kamera OIS 108MP. Bahagian hadapan peranti mempunyai lubang tebuk yang terletak di tengah. Imej menunjukkan bahawa K50 Pro menggunakan MIUI 13.0.2 dan mempunyai storan 256GB.

    Redmi K50 Pro dijangka hadir dengan paparan AMOLED E4 6.67 inci dengan sokongan resolusi Quad HD+. Cipset Dimensity 9000 berkemungkinan akan menjana kuasa kepada Redmi K50 Pro. Penampilan TENAA peranti mendedahkan bahawa ia akan tiba dalam varian seperti RAM 8GB + storan 256 GB dan RAM 12GB + storan 512GB. Ia mungkin akan tiba dengan LPPDR5 RAM dan storan UFS 3.1.

    Peranti ini akan diprapasang dengan OS Android 12 dan MIUI 13.  Ia mungkin membawa pengimbas cap jari pada bahagian sisi (tidak kelihatan dalam imej).  Redmi K50 Pro akan hadir dengan bateri 5,000mAh yang membawa sokongan untuk pengecasan pantas 120W. 

    Buat masa ini, kami tidak mendapat sebarang maklumat mengenai harga peranti. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Gizmochina 

     

    Artikel Terkini

    Spotify letak lencana khas untuk profil artis yang sebenarnya AI

    Spotify mengumumkan pengenalan lencana AI Persona bagi memberi petunjuk kepada pendengar bahawa identiti sesebuah profil artis adalah dijana oleh kecerdasan buatan dan...

    HONOR Robot Phone dilancar sebagai telefon pertama dengan gimbal terbina

    HONOR secara rasmi melancarkan peranti mercu terbaharu iaitu HONOR Robot Phone di China. Peranti ini menggabungkan perkakasan kamera gimbal fizikal bersama pembantu...

    HOVERAir Versa dilancar — Kamera poket 2-dalam-1 boleh bertukar jadi dron

    HOVERAir melancarkan HOVERAir Versa iaitu peranti hibrid 2-dalam-1 yang menggabungkan fungsi kamera poket dan dron terbang. Peranti ini disifatkan sebagai kamera poket...

    Pemeriksaan kenderaan Puspakom kini lebih pantas dengan bantuan AI

    Puspakom Sdn. Bhd. (Puspakom) memperkenalkan sistem pemeriksaan kenderaan baharu yang dikuasakan kecerdasan buatan (AI). Sistem yang dibangunkan dengan kerjasama syarikat tempatan Keymag...

    Universiti Malaya uji bateri terpakai BMW EV sebagai stesen pengecas solar

    BMW Group Malaysia dengan kerjasama Universiti Malaya (UM) telah memasang stesen pengecas peranti mudah alih kuasa solar yang menggunakan bateri kenderaan elektrik...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured