More

    Redmi K50 Super Cup Exclusive Edition dengan storan 512GB dijangka dilancar kelak

    Xiaomi baru-baru ini berkongsi poster promosi yang memberi jangkaan telefon pintar siri Redmi K50 dan beberapa ciri utama peranti telah pun didedahkan. Syarikat itu dijangka bakal melancarkan Redmi K50, K50 Pro, K50 Pro+ dan K50 Gaming Edition. Kini, laporan terbaru mendakwa bahawa terdapat juga telefon pintar Redmi K50 Super Cup Exclusive Edition.

    Redmi K50 Super Cup Exclusive Edition dikatakan bakal membawa storan 512GB. Namun begitu, tiada sebarang maklumat lain mengenai peranti ini dan hanya mendedahkan beberapa ciri utama siri Redmi K50 yang akan datang. Barisan tersebut akan dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1, dilengkapi dengan ruang Dwi VC untuk memastikan suhu terkawal dan juga mempunyai sokongan pengecasan pantas 120W. 

    Manakala model Gaming Edition dikatakan dilengkapi dengan dwi pembesar suara JBL dan motor paksi x jalur ultralebar AAC 1016. Redmi K50 Gaming Edition akan menampilkan paparan OLED 2K 6.67 inci, bateri 4,700mAh serta kamera utama 64MP, sensor 13MP dan lensa 2MP. Bahagian hadapannya pula membawa kamera wafoto 16MP.

    Barisan Redmi K50 mungkin dilengkapi dengan cipset Snapdragon 870, Dimensity 8000 dan Dimensity 9000 dengan sistem pengendalian MIUI 13 berasaskan Android 12. Seperti yang dilaporkan, Redmi K50 Gaming Edition mungkin akan menjadi telefon pintar pertama yang akan dilancarkan darripada barisan tersebut. Kami menjangkakan untuk mendapatkan butiran lanjut dalam beberapa hari akan datang.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured