More

    Redmi K60 Ultra dilancar: Dimensity 9200+, skrin AMOLED 6.67″ dan kamera 50MP bermula ~RM1,664

    Selain produk Xiaomi baharu yang lain, Lei Jun turut memperkenalkan peranti Redmi K60 Ultra baharu pada acara tersebut. Semasa pembentangan, Redmi K60 Ultra membawa cipset MediaTek Dimensity 9200+ dengan RAM LPDDR5X sehingga 24GB dan storan UFS 4.0 1TB.

    Telefon ini mempunyai paparan OLED 144Hz 6.67 inci dengan resolusi 1.5K, frekuensi PWM 2880Hz dan kecerahan puncak 2600nits. Selanjutnya, kamera hadapan terletak di lubang tebuk pada paparan di bahagian tengah atas dengan sensor 20MP manakala tri-kamera belakang terdiri daripada kamera utama Sony IMX800 50MP, ultralebar 8MP dan makro 2MP.

    Selain itu, baterinya berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan berwayar pantas 120W. Ciri lain termasuk penarafan rintangan air dan habuk IP68 yang merupakan yang pertama untuk siri Redmi, sepasang pembesar suara stereo, cip paparan PixelWorks X7 dan sistem operasi MIUI 14 berdasarkan Android 13. Terdapat sejumlah lima model yang boleh lihat di bawah dengan harga berikut:

    • 12GB + 256GB – 2599 Yuan (~RM1,664)
    • 16GB + 256GB – 2799 Yuan (~RM1,792)
    • 16GB + 512GB – 2999 Yuan (~RM1,920)
    • 16GB + 1TB – 3299 Yuan (~RM2,112)
    • 24GB + 1TB – 3599 Yuan (~RM2,304)

    Walaupun jenama Redmi agak popular di Malaysia, siri Redmi K tidak pernah masuk ke pasaran Malaysia tetapi dijenamakan semula sebagai peranti POCO. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured