More

    Siri Redmi K80 dilancar dengan SD 8 Gen 3 Elite dan bateri 6,550 mAh, harga bermula ~RM1,602

    Terbaharu, Redmi telah memperkenalkan K80 dan K80 Pro yang membawa inovasi dan peningkatan ketara dalam prestasi, paparan dan ketahanan. Kedua-dua model ini menampilkan skrin OLED 6.67 inci dengan resolusi QHD+ (3200×1440), warna 12-bit dan kecerahan puncak 3,200 nits. Paparannya menyokong HDR10+, Dolby Vision dan HDR Vivid.

    Reka bentuk telefon ini tahan lasak dengan Gorilla Glass 7i pada K80 dan Xiaomi Dragon Crystal Glass 2.0 pada K80 Pro. Kedua-duanya mendapat penarafan IP68 untuk kalis air dan habuk serta dilengkapi pengimbas cap jari ultrasonik. Redmi K80 dikuasakan oleh Snapdragon 8 Gen 3, disokong dengan RAM hingga 16GB dan storan sehingga 1TB.

    Kapasiti bateri 6,550mAh membolehkan penggunaan hampir dua hari dengan pengecasan pantas 90W. Cip P3 dan G1 memastikan pengecasan selamat dan cekap. Redmi K80 Pro pula hadir dengan pemproses Snapdragon 8 Elite yang menawarkan peningkatan prestasi CPU dan GPU yang secara signifikan.

    Sistem penyejukan dwi-gelung memastikan suhu kekal terkawal semasa penggunaan intensif. Dengan bateri 6,000mAh, ia menyokong pengecasan pantas 120W berwayar dan 50W tanpa wayar lengkap dengan cip Surge G3 dan G1. Untuk fotografi, K80 memiliki kamera utama 50MP (OmniVision OVX8000) dengan OIS, kamera ultra lebar 8MP dan kamera swafoto 20MP.

    K80 Pro menawarkan sistem kamera lebih canggih termasuk lensa utama 50MP (Light Fusion 800), kamera ultra lebar 32MP dan lensa telefoto 50MP yang menyokong zoom optik 2.5x dan makro. Harga K80 bermula dari CNY 2,500 (~RM1,602) hingga CNY 3,600 (~RM2,310) manakala K80 Pro ditawarkan pada harga antara CNY 3,699 (~RM2,628) hingga CNY 4,799 (~RM3,414).

    Edisi Champion K80 Pro, bertemakan Lamborghini Huracán GT3 EVO2 berharga CNY 4,999 (~RM3,554) dan hadir dengan storan 16GB + 1TB. Dengan gabungan prestasi mantap, paparan berkualiti, dan bateri tahan lama, Redmi K80 dan K80 Pro memenuhi keperluan pengguna moden yang mahukan telefon pintar berkuasa tanpa mengorbankan bajet.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Redmi K80 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Redmi 1|2

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...