More

    Redmi K90 Ultra dilancarkan: SD 8 Elite, bateri 8,550mAh dan kipas terbina bermula ~RM1,813

    Xiaomi melancarkan telefon pintar terbaharu Redmi K90 Ultra di China yang dilengkapi bateri berkapasiti gergasi dan sistem kipas penyejuk aktif dalam peranti. Peranti dikuasakan cip Qualcomm Snapdragon 8 Elite yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB.

    Bagi paparan, ia menggunakan skrin rata AMOLED bersaiz 6.83 inci dengan resolusi 1.5K daripada material paparan M10. Skrinnya menyokong kadar segar semula 165Hz untuk visual permainan yang lancar dan mencapai tahap kecerahan puncak sehingga 3,500 nits. Xiaomi turut memuatkan cip paparan kedua D2 untuk membantu mengekalkan kelancaran visual ketika gaming.

    Bagi menangani masalah haba, Redmi K90 Ultra tiba dengan sistem penyejukan udara aktif menerusi kipas terbina bersaiz 18.1mm untuk mengeluarkan udara panas. Operasi kipas ini kekal senyap pada tahap 32dB dan ia berfungsi bersama pemeluwap wap bersaiz besar untuk menyejukkan cip utama.

    Baterinya pula berkapasiti 8,550mAh yang menyokong pengecasan pantas berwayar 100W serta keupayaan pengecasan berbalik 22.5W. Sistem kamera Redmi K90 Ultra dilengkapi sensor utama 50MP Light Hunter 800 (OIS) serta keupayaan rakaman video sehingga resolusi 8K. Ia turut dibantu oleh kamera ultra lebar 8MP manakala kamera swafoto dilengkapi sensor 20MP.

    Redmi K90 Ultra kalis debu dan air dengan pengiktirafan penarafan IP66, IP68 dan IP69 termasuk bagi komponen kipas penyejuk dalamannya. Spesifikasi lain termasuk pembesar suara stereo Bose, pengimbas cap jari 3D dan ia menjalankan sistem operasi HyperOS 3. Redmi K90 Ultra ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Shadow Black, Space Silver dan Sky Blue.

    Varian asas 12/256GB dijual pada harga bermula 2,799 yuan (~RM1,813) manakala varian tertinggi dengan 16/512GB ditawarkan pada harga 3,499 yuan (~RM2,267). Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...