More

    Redmi mungkin akan lancarkan telefon pintar dengan pengecasan pantas 210W

    Setiap tahun, pengeluar telefon pintar akan melancarkan telefon pintar baharu dengan kadar pengecasan yang semakin tinggi seperti yang ditunjukkan dalam kadar 240W pada realme GT3. Kini Redmi pula dikhabarkan bakal melancarkan sebuah telefon dengan kadar pengecasan melebihi 200W.

    Menurut sumber, Redmi bakal melancarkan sebuah telefon pintar yang akan menyokong kadar pengecasan pantas 210W. Teknologi ini akan menggunakan sistem pengecasan 3-charging IC yang mempunyai tiga cip bagi menguruskan pengecasan dwi-bateri dalam telefon ini dan bukannya satu cip seperti kebanyakan telefon lain.

    Ia akan membahagikan arus elektrik input kepada saluran 20V/3.5A (70W). Tiga cip pengecasan akan merendahkannya (step down) kepada output tiga saluran 10V/7A, sebelum menggabungkannya kepada 10V/21A untuk mengecas dwi-bateri.

    Dengan merendahkan voltan sambil meningkatkan arus, ini boleh mengurangkan haba yang dijana daripada pengecasan dan akan merendahkan risiko bateri rosak.

    Sumber mengatakan pengecasan ini boleh mengecas penuh baterinya dalam masa sepantas sembilan minit sahaja. Nama telefon Redmi dengan pengecasan ini masih belum diketahui namun ia dikhabarkan adalah Redmi Note 13 Explorer Edition.

    Sebelum ini, Redmi Note 12 Explorer Edition turut dilengkapi pengecasan pantas 210W namun ia tidak dijual secara rasmi di Malaysia. Mungkin dengan Redmi Note 13 Explorer Edition ini, pengguna Malaysia boleh merasai teknologi pengecasan yang amat pantas itu.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: MyDrivers

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured