More

    Redmi Note 10 Pro bakal hadir dengan sokongan 5G!

    Pada bulan Mei tahun lalu, Redmi telah melancarkan telefon kelas pertengahan mereka, Redmi Note 9 Pro untuk pasaran global dan ianya telah mendapat sambutan yang baik dari peminat gajet. Kini, generasi baru untuk peranti ini, Redmi Note 10 Pro pula dikhabarkan akan memasuki pasaran tidak lama lagi.

    Terbaru, Redmi Note 10 Pro telah dikesan di laman web agenci pensijilan FCC dengan nombor model M2101K6G. Selain dari itu, ia juga telah mendapat pensijilan European Economic Commission (EEC), IMDA di Singapura serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

    Buat masa ini, spesifikasi lain Redmi Note 10 Pro masih belum diketahui. Ia mungkin dilengkapi cipset Snapdragon siri 700 5G ataupun cipset siri Dimensity dari Mediatek.

    Peranti ini juga dijangka akan kekalkan saiz bateri yang besar, menyokong cas pantas serendah 30W dan akan hadir dengan antara muka MIUI 12 atas perisian Android 11.

    Adakah anda menantikan peranti ini? Komen pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured