More

    Redmi Note 10S Starlight Purple dan Redmi 9C 4GB+128GB dilancar di Malaysia, berharga RM899 dan RM499

    Xiaomi Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan dua edisi baru untuk Redmi Note 10S dan Redmi 9C. Redmi Note 10S akan hadir dengan warna baru Starlight Purple manakala Redmi 9C mendapat varian memori baru iaitu 4GB + 128GB. Kedua-dua peranti serba baru ini akan dijual di Malaysia bermula 3 Ogos ini.

    Redmi Note 10S Starlight Purple akan dijual dengan harga RM899, sama seperti versi standard. Untuk spesifikasi pula, ia masih lagi sama iaitu cipset Mediatek Helio G95, RAM 8GB, storan 128GB, skrin 6.43 inci AMOLED, pembesar suara stereo dan pengecasan pantas 33W.

    Terdapat juga 4 kamera pada bahagian belakang iaitu kamera utama 64MP, kamera ultra lebar 8MP, lensa makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP.

    Untuk Redmi 9C 4GB + 128GB, ia dijual pada harga RM499. Ia dilengkapi cipset Mediatek Helio G35, bateri 5,000mAh, skrin 6.53 inci LCD dan kamera utama 13MP. Ia ditawarkan dengan tiga warna berbeza iaitu Midnight Gray, Sunrise Orange dan Twilight Blue.

    Jika anda ingin mendapatkan edisi baru ini, anda boleh membuat belian di kedai rasmi Mi Store atau di pembekal rasmi seluruh Malaysia. Pembelian dalam talian akan diumumkan dalam masa yang terdekat.

    Nantikan berita lanjut mengenai peranti Xiaomi di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured