More

    Redmi Note 11 Pro+ 5G dan Redmi Note 11S 5G dilancar di Malaysia, bermula RM999

    Pada hari ini, Xiaomi Malaysia telah mengumumkan dua buah telefon pintar terbaru dalam siri Redmi Note 11 iaitu Redmi Note 11 Pro+ 5G dan Redmi Note 11S 5G. Seperti varian lain dalam siri Redmi Note 11, kedua-duanya menampilkan spesifikasi yang menarik dan dijual pada harga berpatutan.

    Redmi Note 11 Pro+ 5G adalah varian tercanggih dalam siri Redmi Note 11, di mana spesifikasi yang paling menarik adalah pengecasan pantas 120W. Ini membuatkannya telefon Redmi pertama yang dilengkapi kadar pengecasan tersebut, di mana ia boleh mengecas penuh baterinya yang berkapasiti 4,500mAh sepantas 15 minit.

    Selain itu, ia turut dilengkapi kamera utama 108MP yang mempunyai sensor Samsung HM2 dan dual native ISO untuk mengambil gambar yang sangat jelas walaupun dalam suasana malap.

    Di hadapan, Redmi Note 11 Pro+ 5G mempunyai skrin AMOLED DotDisplay FullHD+ berukuran 6.67 inci dengan kadar segar semula 120Hz dan kadar bacaan sentuh 360Hz untuk menghasilkan imej yang cantik dan responsif. Cipsetnya pula adalah MediaTek Dimensity 920 dengan nod proses 6nm.

    Untuk Redmi Note 11S 5G, ia menawarkan penambahbaikan yang agak ketara berbanding Redmi Note 11S sebelum ini. Redmi Note 11S 5G dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 810 5G dengan nod proses 6nm, bateri 5,000mAh, skrin FullHD+ 6.6 inci 90Hz dan tiga kamera di belakang.

    Selain varian baru untuk Redmi Note 11, Xiaomi Malaysia turut melancarkan telefon kelas permulaan Redmi 10 5G. Telefon ini menampilkan skrin DotDisplay FullHD+ berukuran 6.58 inci dengan kadar segar semula 90Hz, cipset MediaTek Dimensity 700, kamera utama 50MP, sensor kedalaman 2MP dan bateri 5,000mAh.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk ketiga-tiga telefon ini:

    Redmi Note 11 Pro+ 5G

    • Skrin AMOLED DotDisplay FullHD+ 6.67 inci, kadar segar semula 120Hz, kadar bacaan sentuh 360Hz, kaca Gorilla Glass 5
    • Cipset MediaTek Dimensity 920
    • RAM 8GB
    • Storan dalaman 128GB atau 256GB, boleh dibesarkan dengan kad microSD sehingga 1TB
    • Kamera utama 108MP + kamera ultra-lebar 8MP + kamera telemakro 2MP
    • Kamera swafoto 16MP
    • Bateri 4,500mAh
    • Pengecasan pantas 120W (pengecas disertakan dalam kotak)
    • MIUI 12.5 berdasarkan Android 11
    • Pembesar suara stereo, bicu audio 3.5mm
    • Pengimbas cap jari di bahagian sisi
    • NFC, pemancar IR, Bluetooth 5.2
    • Warna kelabu Graphite Gray, hijau Forest Green dan biru Star Blue
    • Harga:
      • 8GB+128GB: RM1,499 (promosi awal RM1,399)
      • 8GB+256GB: RM1,599 (promosi awal RM1,499)
    • Boleh dibeli di Lazada dan Shopee bermula 6 April 2022

    Redmi Note 11S 5G

    • Skrin DotDisplay FullHD+ 6.6 inci, kadar segar semula 90Hz AdaptiveSync, kadar bacaan sentuh 240Hz
    • Cipset MediaTek Dimensity 810
    • RAM 6GB
    • Storan dalaman 128GB, boleh dibesarkan dengan kad microSD sehingga 1TB
    • Kamera utama 50MP + kamera ultra-lebar 8MP + kamera makro 2MP
    • Kamera swafoto 13MP
    • Bateri 5,000mAh
    • Pengecasan pantas 33W (pengecas disertakan dalam kotak)
    • MIUI 13 berdasarkan Android 11
    • Dwi-pembesar suara, bicu audio 3.5mm
    • Pengimbas cap jari di bahagian sisi
    • NFC, pemancar IR, Bluetooth 5.1
    • Warna hitam Midnight Black, biru Twilight Blue dan biru Star Blue
    • Harga: RM999
    • Boleh dibeli di Lazada dan Shopee bermula 22 April 2022

    Redmi 10 5G

    • Skrin Dot Drop FHD+ 6.58 inci 90Hz
    • Cipset MediaTek Dimensity 700
    • RAM 4GB
    • Storan dalaman 128GB, boleh dibesarkan sehingga 512GB
    • Kamera utama 50MP + sensor kedalaman 2MP
    • Kamera swafoto 5MP
    • Bateri 5,000mAh
    • Pengecasan 18W (pengecas 22.5W disertakan dalam kotak)
    • MIUI 13 berdasarkan Android 12
    • Pembesar suara Hi-Res Audio, bicu audio 3.5mm
    • Pengimbas cap jari di bahagian sisi
    • NFC, Bluetooth 5.1
    • Warna kelabu Graphite Gray, perak Chrome Silver, hijau Aurora Green
    • Harga: RM749 (promosi awal RM699)
    • Boleh dibeli di Lazada dan Shopee bermula 6 April 2022

    Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli mana-mana produk di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...