More

    Redmi Note 12 Pro Speed Edition akan dilancar pada 27 Disember 2022 bersama Redmi K60

    Redmi bakal melancarkan siri telefon pintar andalan Redmi K60 pada hari Selasa, 27 Disember 2022 di China. Kini, syarikat telefon pintar itu turut mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan Redmi Note 12 Pro Speed Edtion pada hari yang sama.

    Ini merupakan varian terbaru dalam siri Redmi Note 12 Pro dan menurut sebuah kenyataan rasmi dalam Weibo, telefon ini akan dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 778G+, skrin OLED dan sistem operasi Android 13 dengan perisian MIUI 14.

    Redmi turut berkongsi sebuah poster yang menunjukkan rekaan telefon itu, di mana ia mempunyai modul kamera yang serupa dengan Redmi Note 12 Pro asal iaitu tiga lensa dan satu lampu denyar LED.

    Pada Oktober lalu, siri Redmi Note 12 Pro telah dilancar yang terdiri daripada tiga varian utama iaitu Redmi Note 12 Pro, Redmi Note 12 Pro Plus dan Redmi Note 12 Explorer Edition. Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaan siri peranti ini di Malaysia.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Siri vivo X500 dilancar dengan Dimensity 9600 Pro, kamera Sony LYTIA L910 17 EV...

    vivo secara rasmi melancarkan siri X500 yang terdiri daripada vivo X500, X500 Pro dan X500 Pro Max di Shanghai, China. Siri mercu...

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured