More

    Redmi Note 12 Turbo dilancar: SD 7+ Gen 2, skrin OLED 6.67″ dan bateri 5,000mAh bermula ~RM1,279

    Redmi Note 12 Turbo telah dilancarkan sambil menampilkan cipset Qualcomm Snapdragon 7+ Gen 2, RAM 8GB/12GB/16GB dan storan 256GB/512GB/1TB. 

    Paparannya adalah OLED fleksibel 12 bit 6.67 inci dengan resolusi FHD+, kecerahan puncak 1000 nits 100% gamut warna DCI-P3, kadar penyegaran semula 120Hz dengan sokongan HDR10+ dan Dolby Vision.

    Daripada segi fotografi, kamera belakangnya merangkumi kamera utama 64MP + ultra lebar 8MP + makro 2MP tiga kamera belakang manakala di hadapan terdapat kamera swafoto 16MP dalam lubang tebuk di bahagian tengah atas paparan. 

    Spesifikasi lain termasuk bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 67W, ruang penyejukan wap 3725mm dengan sokongan untuk dwi 5G, WiFi 6, NFC, IR Blaster dan bicu audio 3.5mm.

    Untuk varian RAM 8GB + storan 256GB dijual pada harga CNY 1,999 (~RM1,279), varian RAM 12GB + storan 256GB berharga CNY 2,099 (~RM1,343) manakala RAM 12GB + storan 512GB berharga 2,299 CNY (~RM1471). Versi tertinggi menawarkan RAM 16GB dan storan 1TB pada harga 2,599 CNY (~RM1,663).

    Telefon ini boleh didapati dalam warna Carbon Black, Ice Feather White dan Xinghai Blue. Ia menggunakan perisian MIUI 14 berdasarkan Android 13. Penanda aras awal menunjukkan prestasi cipset Snapdragon 7+ Gen 2 adalah sepantas Snapdragon 8 Gen 1. Ini mungkin bermakna Redmi Note 12 Turbo kecekapannya mungkin setanding telefon andalan yang lain.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Gizmochina

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...