More

    Redmi Note 12 Turbo dilancar: SD 7+ Gen 2, skrin OLED 6.67″ dan bateri 5,000mAh bermula ~RM1,279

    Redmi Note 12 Turbo telah dilancarkan sambil menampilkan cipset Qualcomm Snapdragon 7+ Gen 2, RAM 8GB/12GB/16GB dan storan 256GB/512GB/1TB. 

    Paparannya adalah OLED fleksibel 12 bit 6.67 inci dengan resolusi FHD+, kecerahan puncak 1000 nits 100% gamut warna DCI-P3, kadar penyegaran semula 120Hz dengan sokongan HDR10+ dan Dolby Vision.

    Daripada segi fotografi, kamera belakangnya merangkumi kamera utama 64MP + ultra lebar 8MP + makro 2MP tiga kamera belakang manakala di hadapan terdapat kamera swafoto 16MP dalam lubang tebuk di bahagian tengah atas paparan. 

    Spesifikasi lain termasuk bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 67W, ruang penyejukan wap 3725mm dengan sokongan untuk dwi 5G, WiFi 6, NFC, IR Blaster dan bicu audio 3.5mm.

    Untuk varian RAM 8GB + storan 256GB dijual pada harga CNY 1,999 (~RM1,279), varian RAM 12GB + storan 256GB berharga CNY 2,099 (~RM1,343) manakala RAM 12GB + storan 512GB berharga 2,299 CNY (~RM1471). Versi tertinggi menawarkan RAM 16GB dan storan 1TB pada harga 2,599 CNY (~RM1,663).

    Telefon ini boleh didapati dalam warna Carbon BlackIce Feather White dan Xinghai Blue. Ia menggunakan perisian MIUI 14 berdasarkan Android 13. Penanda aras awal menunjukkan prestasi cipset Snapdragon 7+ Gen 2 adalah sepantas Snapdragon 8 Gen 1. Ini mungkin bermakna Redmi Note 12 Turbo kecekapannya mungkin setanding telefon andalan yang lain.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Gizmochina

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Acer perkenal 3 tablet Iconia Duo di Computex 2026 — Skrin OLED 14.2”, bateri...

    Acer mengumumkan tiga tablet baharu dalam siri Iconia Duo berasaskan Android di Computex 2026 yang menyasarkan pengguna profesional yang memerlukan peranti mudah...

    HUAWEI nova 15 Max dilancar di Malaysia dengan bateri 8,500mAh berharga RM1,699

    HUAWEI Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan nova 15 Max yang memfokuskan kepada ketahanan bateri, paparan besar dan ciri ketahanan tambahan untuk kegunaan...

    OPPO dan vivo dilapor bangunkan kamera vlog sendiri, bakal cabar dominasi DJI

    Pasaran kamera vlog mudah alih yang didominasi oleh DJI mungkin bakal menjadi lebih sengit apabila dua pengeluar telefon pintar China, OPPO dan...

    Siri realme P4 rasmi di Malaysia: P4 Power 5G tampil dengan bateri 10,001mAh pertama...

    realme telah melancarkan siri P4 di Malaysia yang terdiri daripada tiga model iaitu realme P4 Power 5G, realme P4x dan realme P4...

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...